18 Kudos

Dato' Dr Mohd Izhar Ariff

About Me

Saya hanya seorang hamba Allah.... 

MAKLUMAT PERIBADI

Dato' Dr Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim

Pensyarah Kanan, Pusat Fiqh Kontemporari dan Pematuhan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor.

 

PENDIDIKAN

 

Bil.

Sekolah / Institusi Pengajian

Kelulusan

Tahun

1.

 

Kolej Badaruddin, Damascus, Syiria

 

  Dip. Syariah.

 

 

1992-2001

 

2.

 

Jabatan Syariah, al-Azhar, Tanta, Mesir.

 

  Degree Syariah.

 

 

2002-2003

 

 

3.

 

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

 

 

   Master Syariah (Fiqah        Politik Islam Semasa).

 

2005-2007

 

4.

 

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

 

 

  PhD Syariah (Penentuan    hukum produk makanan    Semasa). 

 

2009-2013

 

PENCAPAIAN UTAMA

Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Saya Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim (K016288) berumur 39 tahun merupakan anak kelahiran Selangor.

Sepanjang berkecimbung dalam bidang akademik hampir 12 tahun. Saya telah berjaya menjadi seorang ahli akademik yang pakar dalam bidang Fiqh Makanan dan Kepenggunaan Semasa. Rentetan dari kepakaran tersebut, ia telah menyebabkan saya berjaya menghasilkan pencapaian yang membaggakan Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam dan UKM di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang saya kecapi bukan hanya terfokus dalam bidang akademik semata, tetapi ia turut dikongsikan kepada pelbagai lapisan masyarakat menerusi saluran-saluran media yang ada pada hari ini. Antara pencapaian akademik yang saya perolehi sepanjang bergelar ahli akademik di UKM ialah:

 

1.Terlibat dengan 13 geran penyelidikan yang merentasi bidang (Sains dan Fiqh Islam) bersama-sama para penyelidik dari pelbagai IPT dan fakulti. Lapan (8) darinya telahpun siap dan tamat manakala bakinya masih dalam proses kajian. Geran penyelidik yang dimaksudkan itu melibatkan pelbagai dana seperti FRGS, ERGS, Geran Galakan Universiti, Geran Universiti Penyelidikan, Dana Inovasi, Geran tanpa biaya, Geran dari Kursi Syeikh Abdullah Fahim, Geran Penyelidikan TopDown dan banyak lagi. Komulatif keseluruhan dana penyelidikan melebihi RM500 Ribu.

 

2. Teleh berjaya menghasilkan 32 artikel Jurnal di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sepanjang 2013 hingga 2018. Sepanjang tempoh tersebut saya berjaya menerbitkan 3 artikel Jurnal ISI Q3 dari  Jurnal Sains Malaysiana. Namun begitu, masih terdapat 5 artikel jurnal Scopus lagi yang masih dalam penilaian penilai untuk diterbitkan pada tahun 2017 dan 2018.

 

3.     Telah berjaya mengsilkan EMPAT buah buku Karya Asli yang bertajuk Fiqh Bioteknologi Makanan terbitan Penerbit UKM 2017. Fiqh Kecantikan Terbitan Telaga Biru 2015, Take 5. Tazkirah 5 minit, terbitan PTS 2015 dan Hidayah Milik Allah 2018. 

 

4.  Telah berjaya menghasilkan sebuah buku suntingan yang berjudul Konsep keluarga sakinah dalam Islam pada tahun 2010 terbitan UKM.

 

 

5. Berjaya memperkenalkan kepakaran dalam bidang Fiqh Makanan Semasa kepada negera dan antarabangsa apabila terlibat dengan rancangan-rancangan di TV dan Radio bermula dari tahun 2008 hingga ke hari ini. Antara rancangannya ialah Forum Perdana TV1, Tanyalah Ustaz TV3, Imam Muda ASTRO, al-Kuliyyah TV3, Klinik D.Hijrah TV al-Hijrah, soal jawab hukum dalam Malaysia Hari ini TV3 dan banyak lagi.

 

6.  Berjaya menjadikan laman sosial Facebook (FB), integram (IG) dan Youtube yang mempunyai 400 RIBU Followers sebagai tempat rujukan umum tentang hukum hakam fiqh semasa.

 

 

 IMPAK PENCAPAIAN UTAMA

 

Hasil dari pencapaian utama sebagai ahli akademik UKM seperti yang dinyatakan sebelum ini. Saya telah dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai penasihat halal di peringkat negeri dan negara. Tidak cukup sekadar itu sahaja, satu penghargaan oleh negara apabila saya mewakil ahli akademik dan agamawan negera turut dilantik sebagai penasihat kepada Perdana menteri dan Tim. Perdana Menteri dalam menjayakan Transformasi Negara 2050 dari perspektif Islam khususnya dalam menjayakan agenda Islam di Malaysia. Oleh kerana penglibatan dan kepakaran yang saya miliki, negera juga telah melantik saya sebagai salah seorang Ahli Majlis Perundingan Islam Negara di bawah Tim. Perdana Menteri Malaysia. Semua ini merupakan sebahagian impak besar sumbangan akademik saya untuk UKM dan negera. Rentetan daripada sumbangan ini, DYMM Sultan Selangor pada tahun 2011 telah berkenan menganugerahkan pingat Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS) kepada saya. Tidak lama kemudian, pada tahun 2016 DYMM Sultan Pahang pula berkenan menganugrahkan Darjah Kebesaran “Darjah Indera Mahkota Pahang” (DIMP). Semoga segala sumbangan akademik dan kepakara ini terus diterima oleh umat Islam dan negara.  

Communities
Badges
Fans

Comments