Kelly Lah Ajang's 7.A2 : Perbincangan 2 - OpenLearning

Soalan 1

Hubungan antara agama dan etnik di Malaysia.
Masyarakat di Malaysia terdiri daripada kumpulan agama dan etnik yang berbeza. Antara kumpulan agama yang terdapat di Malaysia ialah kristian, islam, buddha, dan sebagainya. Etnik yang terdapat di Malaysia pula ialah melayu, cina, india, orang ulu, dan banyak lagi. Walaupun terdiri daripada agama dan etnik yang berbeza masyarakat Malaysia dilihat masih dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Masyarakat Malaysia juga bebas untuk mengamalkan agama dan hidup bergaul tanpa mengira etnik. Peristiwa 13 Mei yang berlaku pada suatu ketika dahulu haruslah menjadi suatu pengajaran kepada semua masyarakat Malaysia agar sentiasa memelihara perpaduan antara masyarakat. Peristiwa tersebut juga memberi penganjaran bahawa perbezaan warna kulit, agama, dan etnik tidak patut dipandang kerana ianya hanya akan mengganggu-gugatkan ketenteraman.

Soalan 2

Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia.
Hubungan antara faktor politik dan agama di Malaysia boleh dilihat melalui perkara yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia di mana masyarakat Malaysia diberikan kebebasan untuk beragama. Agama islam merupakan agama rasmi di Malaysia dan telah termaktub di dalam perlembagaan. Walaubagai manapun, masyarakat Malaysia tidak dihalang untuk mengamalkan agama selagi agama yang diamalkan tidak menggugat ketenteraman Malaysia.

Comments

Chat