IWANA IZAH UKM-DUALIMA's 3.A4 : Aktiviti 4 - OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


Kandungan buku-buku teks dapat membantu para pelajar yang berbilang bangsa dalam memupuk hubungan etnik. Hal ini kerana, matapelajaran bagi subjek geografi, pendidikan Islam dan terutama sekali sejarah banyak membincangkan dan memberi pengetahuan yang luas tentang adat, budaya, etnik, bahasa dan tatacara bagi masyarakat pada zaman dahulu iaitu sebelum masihi, sebelum mrdeka, dan selepas merdeka. Buku teks sejarah lebih banyak membincangkan pelbagai peristiwa yang berlaku lebih-lebih lagi peristiwa berdarah yang berlaku pada13 Mei 1969. Dengan adanya sejarah akan peristiwa tersebut, dapatlah membantu menanam akan kesedaran terhadap individu, ciri-ciri dan nilai rakyat Malaysia yang berfikiran terbuka di samping menolak sentimen perkauman, warisan dan perbezaan yang sempit antara mereka. Selain itu, ia lebih memberi Tumpuan kepada melahirkan negara bangsa yang bersatu padu dan pengukuhan kesetiaan dan patriotisme dan cinta akan negara dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Industri hiburan merupakan lambang identiti, jati diri dan warisan yang paling berharga. Hiburan dalam pelbagai bentuk seperti filem, muzik, tarian dan teater sudah lama bertapak dan berkembang mengikut peredaran masa.. Hiburan juga dikatakan satu unsur yang amat berpengaruh dalam mencorakkan persepsi, nilai atau pandangan seseorang. Hal ini kerana, pada zaman moden ini anak-anak muda gemar menonton filem dan disebabkan itu industri hiburan memberi pengaruh yang kuat. Di Malaysia, filem-filem dan drama tempatan juga sedikit sebanyak turut memainkan peranan seperti itu. Antaranya ialah filem tempatan mengisahkan keperwiraan tokoh-tokoh perjuangan kemerdekaan menunjukkan suatu usaha yang baik dan wajar digalakkan. Justeru, pengusaha filem tempatan yang mengadaptasikan cerita-cerita berunsurkan patriotisme atau menggalakkan perpaduan antara kaum. Hal ini demikian kerana industri hiburan dalam pelbagai bentuk adalah medium yang amat berpengaruh. Melalui karya seni, dapat diselitkan mesej, semangat atau citra bangsa untuk disampaikan kepada golongan sasaran.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Warisan kesenian merupakan khazanah penting yang telah diwarisi sejak zaman- berzaman seperti seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, seni tarian, kraftangan,l dan pelbagai lagi. Sebagai contoh ,tarian boleh dilakukan secara bersendirian , berpasangan atau berkumpulan. Jenis tarian bagi masyarakat Melayu adalah kuda kepang, zapin dan makyong. Manakala, bagi masyarakat India pula adalah tarian bharata natyam. Bagi masyarakat Cina pula,mempunyai tarian kipas dan tarian singa. Dalam konteks alat muzik pula, terdapat pelbagai alat muzik yang dimainkan oleh rakyat Malaysia mengikut kaum diantaranya adalah rebab yang dimainkan oleh masyarakat Melayu ,erh-hu oleh masyarakat Cina dan tempura oleh masyarakat India. Kraftangan dapat didefinisikan sebagai pula ialah kerja penghasilan peralatan berguna untuk hiasan dengan mengunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringkas Kraftangan dapat dihasilkan dengan mengunakan pelbagai sumber sebagai bahannya antaranya hasil rimba, logam, tanah, tekstil dan pelbagai lagi. Kepelbagaian seni etnik mewujudkan sikap saling memahami antara satu sama lain mengenai budaya masing-masing.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Aktiviti bergotong- royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara kaum.Sebagai contoh,masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal.Hasilnya,kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang bersih.Selain itu,bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringankan bebanan yang dipikul oleh setiap anggota masyarakat,bak peribahasa ’berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’. Terbukti bahawa aktiviti bergotong-royong dapat memupuk semangat muhibah dan kemesraan antara kaum. Pepatah ada mengatakan bahawa,’muafakat membawa berkat’,disamping menangani masalah secara bersama. Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara kaum. Misalnya,penglibatan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain. Semangat berpasukan juga dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum kerana ’bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’. Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat mewujudkan semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri. Negara juga dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan negara. Seterusnya, pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah turut menanam semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Sebagai contoh,murid-murid dapat merancang dan membuat keputusan bersama bagi memajukan persatuan dan kelab masing-masing. Mereka juga sentiasa berkongsi idea dan maklumat dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Murid-murid juga dilatih agar menghormati keputusan dan idea orang lain.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Polarisasi kaum. Polarisasi bermaksud sikap perkauman, yang menjadi asas masalah utama perpaduan antara kaum atau etnik berbilang bangsa di nagara ini. Unsur-unsur perkauman ini lebih ketara apabila dibandingkan dengan kesanggupan bagi mencapai integrasi nasional. Sintimen ini telah ditanam kukuh oleh penjajah Inggeris pada setiap jajahannya dengan acuan atau adunan mereka iaitu ‘pecah dan perintah’.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Perpaduan Keharmonian merupakan salah satu aspek penting untuk kemakmuran penduduk berbilang kaum di Malaysia dan keharmonian ini perlulah di pelihara oleh setiap penduduk di Malaysia. Malah, badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik merupakan salah satu unsur yang paling penting untuk mempengaruhi keharmonian di negara ini. Hal ini kerana, kedua-dua unsur ini saling bergantung antara satu sama lain untuk mengekalkan keharmonian negara disamping membantu pihak kerajaan untuk mengekang anasir-anasir tidak baik yang boleh mempengaruhi ketidakamanan dan keharmonian tanah air tercinta.

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


Permainan tradisional boleh dilihat sebagai simbol budaya, kepelbagaian masyarakat dan ianya juga merupakan saluran yang cekap untuk menyampaikan nilai-nilai perpaduan, kepelbagaian, inklusif dan kesedaran budaya. Permainan tradisional, tambahnya, telah menjadi suatu ungkapan kecerdasan manusia iaitu permainan yang mengandungi cara kehidupan tradisional yang merangkumi cita-cita murni dan sikap di mana di dalamnya terdapat unsur-unsur antara aktiviti, kerjasama, amanah, daya tahan dan cabaran. Permainan tradisional juga mengajar masyarakat pentingnya kebersamaan dalam mencapai matlamat yang sama. Sebagai misal, beberapa, permainan tradisional seperti tarik kalat adalah mengenai kekuatan, kefahaman dan bergerak secara serentak dan juga membentuk sinergi dan strategi. Di sisi lain, permainan congkak pula dapat memupuk sifat kejujuran, kecerdasan dan ketelitian,"

Comments

Chat