Mengenai video 1.5 tersebut, saya dapati bahawa konsep hubungan etnik dibahagikan kepada dua iaitu perpaduan dalam kepelbagaian dan kesepaduan sosial. Bagi perpaduan dalam kepelbagaian mempunyai dua perspektif berbeza. Pertama ialah psikologi sosial yang merupakan kajian tentang pengaruh sosial terhadap perilaku manusia disekeliling.Menurut perspektif sosial, rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal. Perspektif yang kedua pula ialah antrapologi -sosiologi yang merupakan kajian tentang masyarakat dan budaya. Kesepaduan sosial pula bermaksud satu fenomena yang dipacu untuk idaman mendalam terhadap perpaduan dalam mendorong masyarakat berusaha untuk mencapai perpaduan. Kesimpulannya, kepentingan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan bangsa adalah untuk mengelak berlakunya perpecahan atau rushan antara kaum di dalam negara seperti mana yang berlaku sejarah hitam di Malaysia iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Perpaduan kaum dapat melahirkan masyarakat yang harmoni, aman damai dan tenteram dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.