Mohd khairul nizam bin mohd rafek's 1.A3 : Video - OpenLearning

Mohd Khairul Nizam bin Mohd Rafek

DF160068

Etnik Seksyen 6 (En Mohd Fahmi bin Jaes)

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

https;//youtube.com/watch?v=i7qlhSo03o8

Di dalam URL video di youtube ini ialah berkenaan era penduduk Jepun di Tanah Melayu dan kesengsaraan orang Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun. Pihak British telah tewas apabila askar-askar Jepun dengan mudah dapat merampas Tanah Melayu daripadanya. Hal ini disebakan pihak British memandang rendah kepada askar-askar Jepun pada masa itu. Antara slogan yang digunakan oleh askar-askar Jepun iaitu "lingkaran kemakmuran bersama Asia Timur" dapat mengambil hati orang Melayu. Ianya secara tidak langsung memberi nafas baru kepada orang Tanah Melayu kerana askar Jepun sepertinya memberi harapan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Kesengsaraan orang Melayu yang ada di zaman pemerintahan Jepun dapat dirasakan walaupun tempoh pendudukan Jepun hanyalah selama 3 tahun sahaja. Antara kesengsaraan yang dirasakan ialah mereka menjadi hamba abdi askar Jepun apabila menjadi buruh paksa untuk membuat jalan kerata api yang panjang antara negara Thailand dan Burma. Hakikatnya ialah penduduk Tanah Melayu menjadikan zaman pemerintahan Jepun adalah satu mimpi ngeri yang tidak akan dilupakan selama-lamanya dab tidak pernah menjangkanya.

Comments

Chat