ATHILAH ILYANA's 4.A1 : LATIHAN 1 - OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)

Pada zaman sebelum merdeka iaitu zaman penjajahan, kawasan dan sektor pekerjaan bagi setiap etnik diagihkan mengikut jenis kaum yang berbeza. Sebagai contoh, kaum Melayu lebih tertumpu kepada menanam padi, perikanan dan pertanian, kaum India tertumpu kepada menoreh getah dan menjual kain, kaum Cina tertumpu kepada perniagaan dan perlombongan bijih timah manakala kaum pribumi masa itu lebih tertumpu terhadap anyaman dan hasil hutan. Ini secara langsung memberi kesan negatif dalam perhubungan etnik yang lain. Selain itu, pada zaman ini juga berlakunya dasar pecah dan perintah di mana ia telah mewujudkan jurang ekonomi yang ketara di antara kaum. Hal ini menyebabkan telah menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan etnik lain. Di samping itu juga, ekonomi negara telah menjadi isu etnik apabila kerajaan gagal menanganinya. Sebagai contoh, isu perbezaan pendapatan isi rumah, isu jurang perbezaan golongan kaya dan miskin serta isu jurang pendapatan antara golongan bandar dan luar bandar. Namun hal yang demikian, Dasar Ekonomi Negara telah diperkenalkan iaitu bagi membasmi kemiskinan dan menstrukturkan semula masyarakat dan memajukan ekonomi serta berusaha menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan etnik yang menjadi asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Oleh itu, kerajaan sebaiknya meningkatka lagi usaha bagi menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang mempunyai perpaduan dan keharmonian yang tinggi setaraf dan sejajar dengan negara luar yang sedang membangun disamping mengukuhkan kedudukan ekonomi sama ada penduduk di bandar mahupun di luar bandar

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.

Pada tahun 1970-an, wujud ketidakseimbangan ekonomi antara kumpulan etnik, khususnya antara orang Melayu dengan etnik Cina. Hal ini boleh dilihat dengan jelas apabila persoalan ketaksamarataan pendapatan diteliti. Antara tahun 1957 dengan tahun 1970, purata pendapatan benar isi rumah didapati telah meningkat daripada RM207 kepada RM261. Namun, ketaksamarataan pendapatan dalam masyarakat didapati semakin melebar. Perkara ini ditunjukkan oleh peningkatan koefisyen Gini daripada 0.412 kepada 0.513. Ini bermakna, jurang pendapatan antara yang kaya dengan miskin bertambah luas. Selain itu, jurang pendapatan antara penduduk bandar dengan penduduk luar bandar juga semakin melebar. Namun, bukan sahaja ketaksamarataan pendapatan semakin melebar antara penduduk bandar denga luar bandar, tetapi jurang didapati berlaku dalam kalangan penduduk bandar dan luar bandar itu sendiri. Setelah Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, pencapaian yang boleh dilihat adalah pertumbuhan pesat ekonomi Malaysia dalam tempoh empat dekad yang lalu telah berjaya diterjemahkan kepada pengurangan kadar kemiskinan dan kemajuan dari segi pembangunan manusia.Kadar kemiskinan di Malaysia berjaya dikurangkan dengan ketara iaitu daripada 52.4% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada tahun 1990 dan seterusnya 5.7% pada tahun 2004. Selain itu, pertumbuhan dan peningkatan pendapatan yang tinggi menyebabkan kualiti hidup rakyat Malaysia juga meningkat. Hal ini dapat dilihat dari aspek kesihatan seperti jangka hayat semakin meningkat, kadar kematian bayi dan kadar kematian semakin rendah. Begitu juga jika kita lihat dari aspek pendidikan, pemilikan barang-barang keperluan asas dan penyediaan infrastruktur seperti jalan raya. Peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia ini ditunjukkan oleh peningkatan dalam Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) yang merupakan ukuran kebajikan dalam kehidupan perspektif yang luas. Dalam tempoh pelaksanaan DEB, ketaksamarataan pendapatan dalam masyarakat seperti yang ditunjukkan oleh nilai koefisyen Gini, pada awalnya semakin melebar sehingga tahun 1976. Namun ketaksamarataan pendapatan kemudiannya semakin baik sehingga tahun 1990. Walau bagaimanapun, semenjak tahun 1990 agihan pendapatan antara yang kaya dengan yang miskin semakin melebar semula. Dapat diperhatikan bahawa ketaksamarataan agihan pendapatan dalam setiap kumpulan etnik tersebut adalah lebih buruk pada tahun 2004 jika dibandingkan dengan keadaan pada awal kemerdekaan negara pada tahun 1957. Selepas tahun 1990, walaupun pendapatan isi rumah di bandar dan di luar bandar telah meningkat, kadar peningkatan pendapatan tersebut adalah lebih tinggi di bandar berbanding dengan di luar bandar. Hal ini membawa maksud, masalah ketaksamarataan pendapatan antara bandar dan luar bandar masih merupakan antara masalah yang perlu ditangani sehingga ke hari ini.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.

Dasar-dasar utama yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia terdiri daripada Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000), Dasar Wawasan Nasional (2001-2010) dan Model Ekonomi Baru (2010). Dasar Ekonomi Baru (DEB) lebih menfokuskan kepada perpaduan nasional. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) adalah dasar yang meneruskan usaha DEB bagi mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja dikalangan kumpulan etnik malahan di antara golongan kaya dan miskin. Seterusnya, Dasar Wawasan Nasional (DWN) juga merupakan pelengkap kepada DEB dan DPN di mana berusaha untuk mencapai perpaduan nasional bangsa Malaysia yang berdaya saing, bersatu-padu, progresif, makmur dan saksama. Akhir sekali, Model Ekonomi Baru (MEB) iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara mahu yang berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang tahun 2020.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.

Globalisasi membawa maksud dari dua perspektif yang berbeza iaitu di mana ia memberi kesan positif dan negatif kepada negara. Dari sudut negatif, globalisasi ekonomi diistilah sebagai ruangan tanpa sempadan. Menurut perspektif ekonomi, mereka melihat dari segi faktor pengeluaran seperti buruh, modal, keusahawanan. Sehinggakan harini ekonomi Malaysia sendiri dikatakan mengalir tanpa had. Ini mendorong dan memberi kesan kepada sudut positif, di mana globalisasi ekonomi berpeluang untuk mengakses faktor pengeluaran dengan cara yang mudah dan murah. Namun begitu, terdapat beberapa pendapat yang berbeza daripada ahli ekonomi yang lain menyatakan ada sesetengah negara yang berkeupayaan dan ada sebahagian tidak berkeupayaan. Sebagai contoh negara maju seperti Jepun, lebih berkeupayaan untuk mengakses faktor pengeluaran seperti buruh dan modal. Manakala, negara yang sedang membangun seperti Malaysia, agak sukar atau tidak berkeupayaan untuk mengakses faktor pengeluaran tersebut. Maka tidak hairanlah jika hari ni negara yang maju itu lebih kehadapan dan negara sedang membangun itu ada yang semakin mundur dan ada yang masih ditahap stabil. Hal yang demikian, di sini ilmu dan teknologi yang cukup perlulah diberi perhatian dan diambil serius dalam sesebuah negara khususnya Malaysia. Antara kesan globalisasi positif yang sedang negara berhadapann sekarang ialah perdagangan bebas, perluasan pasaran, pemindahan teknologi, aliran buruh, menggalakkan persaingan, peningkatan kualiti produk, dan menambah keupayaan modal dalam negara. Selain itu, ia memberi impak globalisasi terhadap tindakan pengukuhan (affirmative action) & hubungan etnik di Malaysia. Tindakan pengukuhan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia malahan di negara lain juga turut mengalaminya. Melalui dasar pembangunan negara yang telah dilaksanakan, masyarakat tidak seharusnya beranggapan serong terhadap tindakan dasar tersebut sebagai satu diskriminasi. Ungkapan yang sesuai diistilahkan sebagai tindakan pengukuhan ini adalah satu langkah untuk mendiskriminasikan golongan atau etnik tertentu untuk kebaikan bersama. Di negara Malaysia itu sendiri, tidak menggunakan urusan sistem ekonomi Robinhood economy. Malahan kita menggunakan istilah menurut ahli ekonomi iaitu sebagai konsep Economy Cake. Matlamat utama dalam konsep ini adalah segala dasar yang dilakukan perlulah diperbesar, diperluas, atau diagihkan secara adil dan saksama. Dengan itu, rakyat dapat menikmati hak mereka dengan gembira. Kesan ekonomi Malaysia hari ini, dapat dibuktikan melalui pencapaian Bank Dunia mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai salah satu negara yang tergolong dalam "keajaiban ekonomi Asia Timur". Selain itu, kejayaan ini dapat dikategorikan kepada tiga perspektif iaitu, pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat, pembangunan manusia dan pengurangan kemiskinan dan kualiti hidup yang meningkat. Melalui aspek pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat, selepas merdeka sehingga pada tahun 1960- 2007 mencatatkan kadar pertumbuhan KDNK yang membanggakan dan meningkat sebanyak 5% ke 8.5%. Selain itu, dari segi pembangunan manusia dan pengurangan kemiskinan pula, dapat dilihat dalam tempoh empat abad yang lalu telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 52.4 kepada 5.7. Akhir sekali, kualiti hidup yang meningkat dapat dilihat dari aspek kesihatan,pendidikan pemilikan barang keperluan asas, penyediaan infrastruktur dan sebagainya. Hal ini termasukah dengan Indeks Kualiti Hidup Manusia (IKHM). Namun demikian, disebalik kejayaan ekonomi Malaysia, masih juga terdapat isu dna cabaran yang harus ditangani. Isu dan cabaran tersebut merangkumi ketaksamarataan pendapatan yang semakin melebar, dan isu pertumbuhan dan agihan.

Comments

Chat