Nurul 'Ilya Basharuddin's 5.A4 REFLEKSI VIDEO 5.3 - OpenLearning

1. Nyatakan apa yang diterangkan oleh Dr Nazri dalam video tersebut (minimum 100 patah perkataan)

What is the answer to this question?
Berdasarkan video yang dilihat, Dr Nazri telah menerangkan tentang unsur tiang seri hubungan etnik iaitu agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu dan Raja-raja Melayu. Sebelum itu, beliau juga telah menerangkan tentang kontrak sosial yang bermaksud persetujuan antara orang Melayu dan orang bukan Melayu sewaktu menggubal perlembagaan. Antara persetujuan yang telah disetujui ialah orang bukan Melayu diberikan kerakyatan secara jus soli manakala orang Melayu diberikan peruntukkan dalam perlembagaan mengenai agama Islam, bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan raja-raja Melayu. Selain itu, beliau juga telah menerangkan tentang kuasa raja Melayu dari zaman sebelum kedatangan British yang dahulunya mempunyai kuasa multak. Tetapi sekarang, raja di Malaysia telah bertukar menjadi Raja Berpelembagaan iaitu raja yang bertindak mengikut nasihat dari kabinet di peringkat persekutuan dan menteri besar ataupun esko di peringkat kerjaan negeri. Beliau juga telah menceritakan tentang bagaimana kukuhnya kedudukan raja-raja Melayu sepertimana yang telah termaktub dalam perlembagaan. Seterusnya, beliau juga ada menerangkan tentang mengapa agama Islam boleh disebarkan dengan meluas tidak seperti agama-agama lain.

2. Berikan refleksi anda berdasarkan objektif pembelajaran video ini. Gunakan gantinama diri "saya" dalam membuat refleksi (minimum 200 patah perkataan)

What is the answer to this other question?
Berdasarkan video tersebut, hasil pembelajarannya adalah dapat membahaskan kepentingan unsur-unsur tradisi dan permuafakatan sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Setelah selesai menonton video tersebut, saya dapat mengetahui tentang unsur-unsur yang merupakan tiang seri hubungan etnik iaitu agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumitera Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu dan raja-raja Melayu. Bagi pendapat saya, Kepentingan unsur-unsur tradisi ini adalah dapat mewujudkan identiti Malaysia dan memupuk persefahaman sesama etnik. Sepertimana yang saya tahu, unsur-unsur ini juga telah dibuat atas dasar persetujuan oleh setiap etnik. Jadi dari situ, permuafakatan antara entik itu telah pun wujud. Selain itu, komunikasi antara setiap etnik juga penting dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah salah satu medium komunikasi untuk saya berinteraksi dengan lebih mudah dengan rakan-rakan yang lain. Jika tidak, pasti sukar bagi saya untuk berkomunikasi kerana sudah semestinya setiap etnik akan berkomunikasi dengan bahasa sendiri dan akan lebih bersifat kepada etnik sendiri sahaja. Tetapi walaupun begitu, konflik tidak timbul mengenai bahasa kerana mengajar atau belajar bahasa selain dari bahasa Melayu tidak dilarang sama sekali. Ini menunjukkan keadilan bagi etnik-etnik lain yang ingin memartabatkan bahasa ibunda mereka. Dengan wujudnya pelbagai bahasa, saya boleh mengambil kesempatan ini untuk menguasai pelbagai bahasa seperti Mandarin, Tamil dan sebagainya. Seterusnya, soal agama. Agama Islam telah menjadi agama rasmi bagi Persekutuan dan ini menimbulkan sedikit konflik dikalangan penganut agama lain kerana mereka menyoal “kenapa agama mereka tidak boleh disebarkan seperti agama Islam?” Mereka masih boleh menganut atau mendalami agama mereka cuma yang berbezanya adalah dari segi penyebaran. Agama Islam ini adalah agama yang universal yang meliputi semua aspek kehidupan. Dan kepentingan unsur agama Islam ini adalah dapat menguruskan hal ehwal berkaitan agama supaya tidak tercemar. Dengan adanya pelbagai agama di Malaysia, ini menyedarkan saya supaya tidak menganaktirikan orang yang bukan menganut agama Islam dan sebaliknya menghormati agama dan kefahaman meraka. Dari sini juga, boleh timbul permuafakatan kerana wujudnya sikap toleransi. Di samping itu, kedudukan istimewa orang Melayu juga penting demi menjaga warisan orang Melayu di tanah Melayu. Ini juga telah menunjukkan sifat toleransi etnik lain kerana bersetuju untuk mengekalkan keistimewaan hak orang Melayu sebagai tuan di Tanah Melayu. Kedudukan istimewa ini akan saya gunakan sebaik mungkin demi memajukan orang Melayu dan negara ini sendiri. Saya juga akan menjadi lebih berterima kasih dan memelihara warisan turun temurun yang diturunkan sejak dahulu kerana warisan inilah yang melambangkan identiti orang Melayu.

Comments

Chat