OpenLearning

1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?


uku teks sangat membantu pelajar dalam memahami hubungan etnik. Kandungan dalam buku teks juga mempunyai banyak maklumat yang penting seperti konsep, istilah, sejarah, peristiwa dan banyak lagi. Maklumat yang diberikan ini membantu pelajar memahami dengan terperinci mengenai hubungan etnik. Sebagai contoh, konsep amalgamasi ialah satu proses yang terjadi apabila budaya bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras yang baru. Oleh itu, akhir kandungan buku teks perlu diletakkan kebaikan memahami hubungan etnik supaya para pelajar dapat memupuk perasaan cinta dan saling hormat menghormati walaupun berlainan etnik dan agama.

2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.


Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia. Industri hiburan merupakan mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya kerana dalam industri hiburan masyarakat saling bekerjasama untuk menjayakan sesuatu program yang dibuat. Sebagai contoh, televisyen memaparkan pelbagai iklan, filem dan rancangan televisyen yang mengisahkan hubungan antara pelbagai kaum dan budaya. Oleh itu, industri hiburan dapat memupuk menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat yang pelbagai budaya di Malaysia.

3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.


Apresiasi seni merupakan aspek penting dalam menyampaikan mesej mengenai masyarakat pelbagai kaum. Seni yang dipersembahkan mampu membawa kita mngenali dan mengetahui khazanah lama mengenai masyarakat yang berlainan etnik ini. Selain itu, seni yang terhasil juga mampu membawa transformasi yang baru iaitu etnik lain mencuba kesenian etnik lain. Apresiasi seni juga dapat merapatkan hubungan dan sikap bekerjasama walaupun berlainan agama.

4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?


Perpaduan kaum di Malaysia penting untuk mengekalkan keamanan. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum yang mempunyai cara, adat serta bahasa mereka yang tersendiri. Oleh sebab itu, kawalan amat diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum ini kerana masyarakat di Malaysia perlulah menghormati agama lain. Antara kawalan yang boleh dilakukan ialah melarang penduduk Malaysia untuk membangkitkan isu sensitif kaum seperti membangkitkan isu agama. Selain itu, kerajaan boleh mengawal daripada tercetusnya rusuhan dan penindasan kaum walaupun mereka mempunyai hak berhimpun dan suara yang boleh dilontarkan untuk memelihara hak asasi mereka dengan melakukan kawalan undang-undang. Oleh itu, kawalan-kawalan ini sangat diperlukan untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia.

5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Akhir-akhir ini di media sosial tergempar mengenai perbalahan dan pergaduhan yang berlaku di antara kaum. Oleh itu, hal ini tidak boleh di biarkan begitu sahaja. Dalam mengharungi masalah ini, usaha yang boleh ditangani untuk membentuk perpaduan kaum di negara kita apabila pihak kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Konsep Satu Malaysia yang telah diperkenalkan dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, semua bangsa akan datang untuk meraikan majlis ini. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Oleh itu, interaksi antara kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia.

6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?


Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan? Secara amnya,Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) juga adalah sama seperti parti politik. Hal ini demikian kerana, mereka dilihat sebagai sebuah badan induk yang mempunyai kuasa membuat perubahan Namun begitu, perbezaan etnik menyebabkan mereka susah untuk menolong bangsa lain. Kebanayakan NGO akan tertumpu untuk bantu kaum mereka sahaja. Namun, tidak boleh dinafikan juga ada segelintir NGO yang sanggup menolong orang lain tanpa melihat kaum, agama dan bangsa. Namun, peratusannya adalah amat kecil. Jika kesemuanya memainkan peranan masing-masing dalam memupuk hubungan etnik maka perpaduan di Malaysia ini akan dapat dikekalkan

7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.


ejak zaman dahulu lagi, permainan tradisonal masyarakat di Malaysia ini dimainkan oleh semua lapisan masyarakat. Disebabkan itu, ianya dijadikan sebagai warisan dan wadah mmepuk persefahaman antara pelbagai etnik. Hal ini kerana setiap etnik akan mempunyai permainan tradisional serta cara bermainnya yang tersendiri. Jadi, sekiranya kita bermain permainan tradisonal etnik yang berbeza kita akan dapat memahami dan menghormati cara mereka selain daripda dapat mengeratkan lagi hubungan antara etnik serta kesepaduan sosial bersama

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3.8fd07ef9993d3220.css)

Chat