OpenLearning

 

No. 

Tajuk

Bidang

Laporan/Catatan ringkas

1

Perubatan tradisional

Kesihatan

 Kebanyakannya dimonopoli oleh kaum cina. Contohnya herba-herba untuk kesihatan. Kaum melayu menjalankan perubatan tradisional dengan berjumpa bidan untuk kaum wanita yang bersalin. Selain itu, tukang urut juga dikatakan sebagai perubatan secara tradisional.

2

Sukan tradisional mengikut kaum

Sukan dan rekreasi

 Sukan tradisional melayu; congkak. Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sehingga sekarang permainan ini masih dimainkan oleh semua golongan masyarakat.

Sukan tradisional Cina; mahjong. Mahjong merupakan permainan untuk empat orang yang berasal dari Cina. Ia memerlukan strategi atau kemahiran dalam permainan ini. 

Sukan tradisional India; kabadi. Kabadi ini dimainkan oleh tentera British pada zaman dulu tujuan hiburan, menjaga kemantapan badan dan juga untuk mrngumpan tentera askar dan komuniti British.

3

Amalan pantang larang selepas bersalin

Adat resam

 Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”

4

Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian 

Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan

 Setiap kaum mempunyai upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian mereka yang tersendiri. Contohnya kaum melayu menyambut kelahiran anak dengan membuat kenduri cukur jambul anak. Upacara perkahwinan setiap kaum juga berbeza-beza mengikut agama yang mereka anuti. Upacara kematian juga tidak sama. Setiap kaum mempunyai adat dan kepercayaan yang tersendiri. Contohnya kaum India, apabila ada upacara kematian, mereka akan membakar mayat tersebut dan membuang abu mayat tersebut di sungai atau laut.

5

Makanan/Minuman tradisional

Makanan; Budaya

 Setiap kaum mempunyai makanan tradisional yang unik. Tetapi yang paling unik di Malaysia ialah semua makanan tradisional kaum India dan Cina boleh dimakan oleh kaum Melayu. Kebanyakan makanan mereka halal. Makanan tradisional kaum ini boleh didapati apabila sampainya musim perayaan mereka. Tetapi kita juga boleh dapatkan makanan tradisional ini di kedai-kedai.

6

Perjuangan kemerdekaan

Politik

 Rakyat Malaysia amat istimewa jika dibandingkan dengan rakyat negara-negara lain; kerana perjuangan mereka ke arah kemerdekaan telah berjaya dilakukan tanpa pertumpahan darah, kemusnahan harta benda atau melibatkan sebarang revolusi mahupun pemberontakan bersenjata. Kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana wujudnya suatu faktor yang tiada pada negara-negara lain di dunia ini - kebersatuan yang kukuh di antara pelbagai kelompok etnik yang menganuti pelbagai budaya, kepercayaan dan agama.

 

Kerjasama yang kukuh di antara kaum telah menjadi asas perjuangan kemerdekaan kerana masyarakat dunia, malah rakyat Tanah Melayu sendiri pada waktu itu tidak yakin negara ini boleh kekal aman dengan struktur masyarakat yang sebegini majmuk.

7

Pemodenan dan pembangunan negara

Politik; Sosio-Ekonomi

 Pemodenan dan pembangunan negara kini banyak dibangunkan oleh setiap lapisan masyarakat. Ekonomi di Malaysia ini banyak dibangunkan oleh setiap kaum. Contohnya, jika melibatkan perniagaan seperti kedai runcit banyak kaum Cina yang memonopolinya. Kaum India melibatkan diri dengan perniagaan kedai makan tetapi kebanyakannya dijalankan oleh India-Muslim atau kita biasa panggil 'mamak'. Kaum melayu pula banyak melibatkan diri dengan bekerja di kilang-kilang yang mengusahakan pelbagai jenis pengeluaran.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-4f8267 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-4f8267.8fd07ef9993d3220.css)

Chat