Soalan 1
Apakah impak globalisasi kepada negara kita Malaysia?Kesan baik yang utama ialah rakyat Malaysia perlu mengalami anjakan paradigma, iaitu mereka perlu menggunakan teknologi terkini berbanding dengan cara tradisional dalam pelbagai lapangan hidup mereka. Sebagai contoh, negara kita menuju ke arah E-Kerajaan, dan E-Dagang. Sehubungan dengan ini, rakyat mahu tidak mahu terpaksa menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Kita akan ketinggalan dalam arus perdana sekiranya kita tidak menguasai ICT. Dalam era globalisasi, perniagaan dan perdagangan tidak mengenali batasan atau sempadan. Seorang usahawan batik contohnya, boleh menjual hasil batiknya ke seluruh dunia dengan hanya mengiklankan dalam internet dan boleh menjalankan perniagaannya dari rumah. Justeru, beliau dapat menjimatkan kosnya kerana tidak perlu menyewa bangunan, membayar bil api dan air, serta tidak perlu mengupah pembantu. Tegasnya, peluang pasaran terbuka di seluruh dunia. Kesan baik yang seterusnya ialah rakyat Malaysia amnya dan usahawan khusunya perlu meningkatkan mutu produk mereka dalam era globalisasi. Hal ini demikian kerana ahli perniagaan kita bukan sahaja berhadapan dengan saingan dari dalam negara, malah terpaksa bersaing dengan produk dari seantero dunia. Oleh itu, mahu tidak mahu, rakyat Malaysia perlu berkreatif dan inovatif dalam menampilkan produk mereka agar dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Hal ini menuntut rakyat Malaysia untuk menjalankan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) ke atas barangan tempatan agar negara kita boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju. Justeru, imej negara kita dapat ditingkatkan di persada dunia. Seterusnya, globalisasi juga membolehkan negara kita menerima teknologi terkini. Hal ini disebabkan kemajuan dalam bidang ICT membolehkan kita berhubungan dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Hasil penemuan yang terbaru disiarkan dalam internet. Hal ini membolehkan pakar-pakar tempatan dalam bidang perubatan, kejuruteraan, teknologi maklumat, perindustrian, pertanian dan sebagainya memanfaatkan penemuan-penemuan terbaru oleh rakan mereka dari seluruh dunia dan dalam masa yang singkat rakyat Malaysia juga dapat menikmati hasilnya. Sebagai contoh, pakar neurologi dari Malaysia boleh mengadakan telesidang dengan pakar-pakar neurologi dari seluruh dunia untuk mengubati penyakit berkaitan dengan neurologi. Jelaslah bahawa globalisasi memang menguntungkan rakyat Malaysia.
Soalan 2
Apakah impak globalisasi kepada tindakan pengukuhan (affirmative action) dan hubungan etnik di Malaysia?Proses globalisasi bukan hanya mempunyai matlamat untuk menghomogenkan dunia dengan hanya satu sistem ekonomi iaitu sistem kapitalis tetapi juga proses penghomogenan itu melibatkan usaha mewujudkan satu budaya tunggal di dunia. (Omar Jah, 2001). Cadangan yang dilontarkan ialah masyarakat baru, dengan budaya baru, yang menolak budaya tradisi termasuklah adat resam dan agama ditukar kepada budaya baru berasaskan kepada kehidupan kebendaan sekular moden. Dalam masyarakat yang baru, budaya masyarakat tradisional akan dikesampingkan dan diganti dengan nilai-nilai sekular barat seperti konsumerisme, materialisme dan individualisme. Bahaya nilai baru ini ialah wujudnya suatu pandangan hidup yang mengenepikan peranan agama dan realiti metafizik dalam pembinaan budaya, sekaligus mencipta manusia yang tidak kenal tuhannya; sebaliknya mempunyai matlamat utama dalam penghasilan dan penggunaan material yang melampau (Omar Jah, 2001). Bahaya globalisasi ke atas budaya terletak dalam fakta bahawa globalisasi ialah salah satu bentuk penjajahan yang memasuki ciri teras dalam kehidupan seseorang iaitu pemikiran dan kesedaran manusia. Globalisasi memiliki tarikan kuat ke atas nafsu, emosi serta keseronokan kebendaan yang memberi kesan ke atas setiap individu dalam masyarakat. Globalisasi juga memiliki alat-alat teknologi komunikasi yang begitu berkuasa dan canggih yang mampu menyampaikan berita-berita dan menyebarkan idea-idea melintasi sempadan negara dan batasan fizikal, yang dengan mudahnya memasuki minda manusia. Apa yang menambah lagi tarikan manusia moden ialah pendekatannya yang liberal terhadap kehidupan yang menolak sebarang sekatan ke atas apa yang manusia boleh lakukan (liberalisme), kebebasan bercakap, kepenggunaan dan pemilikan. Budaya baru ini memperjuangkan individualisme dan liberalisme tanpa jaminan bahawa kebebasan manusia memilih apa yang baik dan betul untuk dirinya sendiri. Globalisasi budaya ialah kebebasan dan liberalisme dalam aktiviti manusia. Kebangkitan kesedaran tentang hak individu dan wanita yang disemarakkan oleh arus globalisasi telah menyemarakkan kemunculan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di negara ini. Mereka berjuang bagi mendapatkan apa yang mereka panggil hak asasi manusia, hak untuk wanita dan kanak-kanak, program-program bagi golongan warga emas dan minoriti, hak-hak pengguna, pemuliharaan alam sekitar dan sebagainya. Kemunculan organisasi sosial ini bersama dengan parti-parti politik demokrasi dan golongan intelektual telah menyumbang ke arah keterbukaan yang lebih luas dalam suasana demokrasi, dan perkembangan kepada wujudnya masyarakat matang yang meningkatkan satu perpaduan baru melintasi garis-garis etnik dan agama (Abdul Rahman, 2001). Pihak kerajaan sendiri menyedari perkara ini dengan menyokong beberapa NGO yang cenderung kepada mereka.
Soalan 3
Bagaimanakah pihak universiti menangani arus globalisasi dalam kalangan pelajar?Pendidikan dimaksudkan sebagai mempersiapkan anak-anak bangsa untuk menghadapi masa depan dan menjadikan bangsa ini bermartabat di antara bangsa-bangsa lain di dunia. Masa depan yang selalu berkembang menuntut pendidikan untuk selalu menyesuaikan diri dan menjadi lokomotif dari proses demokratisasi dan pembangunan bangsa. Pendidikan membentuk masa depan bangsa. Akan tetapi, pendidikan yang masih menjadi budak sistem politik masa kini telah kehilangan jiwa dan kekuatan untuk memastikan reformasi bangsa sudah berjalan sesuai dengan tujuan dan berada pada rel yang tepat. Dalam konteks globalisasi, pendidikan di Indonesia perlu membiasakan anak-anak untuk memahami eksistensi bangsa dalam kaitan dengan eksistensi bangsa-bangsa lain dan segala persoalan dunia. Pendidikan nasional perlu mempertimbangkan bukan hanya {state building] dan {nation building] melainkan juga {capacity building.]
Soalan 4
Adakah konsep kesaksamaan/kesamaratan dalam agihan dan pertumbuhan dari segi wilayah – Semenanjung Sabah dan Sarawak?penurunan kadar kemiskinanyang signifikan dan juga peningkatan kualiti hidup. rekod kecemerlangan ekonomi malaysia dari segi pertumbuhan terbut tidak diiringi oleh agihan pendapatan yang sama rata dalam masyarakat.