1. Bagaimanakah kandungan buku-buku teks dapat memupuk hubungan etnik?
Bagi saya letakan unsur- unsur dalam buku teks berkaitan hubungan etnik .contohnya kesepaduan dalam kepelbagaian, potret hubungan etnik, kepelbagaian agama dan pelembangaan persekutuan... sedikit sebanyak ia akan menambahkan ilmu pengetahuan kepada pelajar sekolah lagi.
2. Industri hiburan sebagai mekanisme pemupukan jalinan hubungan dalam kalangan masyarakat pelbagai budaya di Malaysia.
Kepentingan industri hiburan di negara ini bukan sahaja untuk industri itu sendiri, malah hubungannya dengan masyarakat dan negara. Dalam konteks pembinaan negara, hiburan tidak sewajarnya dilihat dari sudut hiburan semata-mata. Hal ini bermaksud, di samping unsur hiburan dalam karya seni seperti filem, muzik atau teater, perlu juga difikirkan mengenai peranan hiburan itu sendiri dalam pembinaan negara yang mencakupi aspek ekonomi, sosial, pendidikan, perpaduan, kebudayaan dan sebagainya. Industri hiburan juga disarankan agar bersifat membina dan bukan merosakkan.
3. Apresiasi seni (seni lakon, seni tampak, seni suara, seni reka, dll) dalam masyarakat pelbagai kaum.
Hubungan etnik di Malaysia terlihat dalam setiap lapisan masayrakat melalui rumah terbuka, penerimaan budaya antara etnik dan perkongsian kuasa politik. Sebagai contoh, hubungan etnik yang harmonis di Melaka dibuktikan lagi dengan jelas hingga kini melalui seni bina Masjid dan rumah ibadat lain. Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tengkera misalnya, mempunyai gabungan seni bina cina, melayu, arab dan india. Masjid-masjid yang dibina pada zaman kesultanan melayu melaka adalah unik iaitu mempunyai menara berunsurkan pagoda dan ukiran campuran bermotif tempatan, arab dan india seta cina.
4. Apakah kawalan-kawalan yang diperlukan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia?
Sebagai ahli masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, kita harus mengelakkan sikap prejudis, stereotaip, rasisme dan diskriminasi bagi memupuk keharmonian dan perpaduan nasional. Sebaliknya, konsep seperti akomodasi wajar dijadikan panduan dalam menjalinkan hubungan.Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air
5. Orientasi parti politik yang ada sekarang lebih cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Perpaduan. kerana Pihak keraajaan mempunyai peranan dalam merealisasikan perpaduan kaum. Usaha kerajaan mengadakan Majlis Rumah Terbuka peringkat kebangsaan untuk menyambut perayaan kaum utama Malaysia amat dialu-alukan. Menurut Perdana Menterikita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis sebegini. Semasa kerajaan mengadakan majlis rumah terbuka, sewarjarnya negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum memberi komitmen yang tinggi. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakatyang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang.
6. Orientasi Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang ada sekarang lebig cenderung ke arah polarisasi kaum atau perpaduan?
Perpaduan. sains dan teknologi ini begitu memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara, maka aspek ini amat penting dalam meningkat hubungan etnik rakyat Malaysia. Hal ini kerana apabila pembangunan ekonomi negara itu berkembang pesat di samping kestabilan politik, akan mampu menarik lebih ramai pelabur sama ada dari dalam atau luar negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini seterusnya memberi peluang pekerjaan kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira golongan etnik. Kesannya, taraf hidup rakyat akan meningkat, jurang ekonomi negara dapat diseimbangkan dan ini mampu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Malaysia.
7. Permainan tradisional masyarakat Malaysia sebagai warisan dan wadah memupuk persafahaman antara pelbagai etnik.
Permainan tradisional boleh dilihat sebagai simbol budaya, kepelbagaian masyarakat dan ianya juga merupakan saluran yang cekap untuk menyampaikan nilai-nilai perpaduan, kepelbagaian, inklusif dan kesedaran budaya. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah berkata, melihat kepada perspektif budaya, permainan tradisional antara lain mencerminkan ungkapan budaya yang berbeza dan mewujudkan jambatan penghubung antara budaya bagi kefahaman bersama yang lebih baik.