OpenLearning

Para pelajar diminta untuk memikirkan pemahaman berkaitan konsep-konsep asas hubungan etnik dan hubungannya dengan keadaan sebenar dalam kehidupan. . Rencanakan pemikiran anda berasaskan beberapa contoh sampel isu seperti yang berikut:

 

No.  Tajuk Bidang Laporan/Catatan ringkas
1 Perubatan tradisional Kesihatan  Setiap etnik mempunyai perubatan tradisional mereka yang tersendiri. Kaum Melayu menggunakan kaedah mengurut ataupun menggunakan akar-akar kayu dan sebagainya untuk perubatan. Manakala orang Cina menggunakan herba untuk perubatan. Tetapi kaedah perubatan ini boleh digunakan oleh semua etnik.
2 Sukan tradisional mengikut kaum Sukan dan rekreasi  Setiap etnik mempunyai permainan tradisional mereka tersendiri. Namun begitu, setiap kaum bermain bersama-sama tidak kira sama ada berlainan kaum atau tidak. 
3 Amalan pantang larang selepas bersalin Adat resam  Orang Melayu mempunyai adat untuk wanita yang lepas bersalin iaitu berpantang selama 40 hari.
4 Upacara kelahiran, perkahwinan dan kematian  Agama; Budaya; adat resam & kepercayaan  Setiap kaum mempunyai perbezaan dan keunikan dalam upacara perkahwinan dan kematian dimana ia mengikut adat resam,agama dan budaya masing-masing.
5 Makanan/Minuman tradisional Makanan; Budaya  Semua rakyat Malaysia berkongsi makanan yang sama walaupun makanan tersebut adalah makanan tradisional etnik lain. Contohnya seperti nasi lemak dan roti canai.
6 Perjuangan kemerdekaan Politik  Semasa memperjuangkan kemerdekaan, pemimpin-pemimpin kita yang berlainan kaum bersama-sama berganding bahu berjuang demi mencapai kemerdekaan negara kita.
7 Pemodenan dan pembangunan negara Politik; Sosio-Ekonomi Demi mencapai negara yang membangun, perpaduan mestilah dicapai dengan cara menyatupadukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira etnik untuk mewujudkan satu hubungan yang erat antara semua.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-4f8267 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-4f8267.8fd07ef9993d3220.css)

Chat