Jawapan Esei
menyedari bahawa bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah. Lagi terang lagi bersuluh bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat dimanfaatkan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan. Selain itu, bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan perbualan harian, sebagai bahasa komunikasi, dan persuratan maka telah dipersetujui dan disepakati oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termaktub dalam Perkara 152, para 1 sebagai bahasa bagi Persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka. Tidak dapat dinafikan bahawa sarwa manusia amat mengiktiraf kepentingan bahasa sebagai wahana komunikasi antara manusia. Tanpa batasan sempadan, bahasa merupakan alat perantara bagi manusia menyampaikan perasaan atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan, atau isyarat. Oleh sebab itu, kemahiran berbahasa perlu diusahakan dan bukan hanya berserah kepada teori transformasi generatif semata. Selain itu, sering kali idea yang sederhana dan kurang bermutu diterima dan diguna pakai kerana dapat disampaikan dengan bahasa yang gramatis serta berkualiti. Sebaliknya, banyak idea yang jitu, bernas, dan tuntas ditolak atau diketepikan begitu sahaja kerana tidak dapat disampaikan dengan menggunakan bahasa yang betul, jelas, dan meyakinkan. peranan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama bagi semua sistem pendidikan formal peringkat sekolah rendah kebangsaan, menengah, dan pengajian tinggi. Pengiktirafan ini telah diwartakan dalam Akta Pendidikan 1961. Selain itu, peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan terutamanya di institusi-institusi pendidikan tinggi swasta mengalami perubahan atau penambahbaikan apabila pihak Parlimen Malaysia meluluskan Akta Pendidikan 1996. Berpaksikan Seksyen 2 dalam Akta 1996, dapat ditafsirkan bahawa bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan bahasa pengantar di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan. Namun demikian, menurut Seksyen 17 (1) menteri diberi peruntukan kuasa untuk mengecualikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sesebuah institusi pendidikan. Peruntukan tersebut secara jelas memastikan bahawa peranan dan status bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mengalami perubahan yang positif dan dinamik.