Soalan 1
Isu Murtad dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia.EJALA murtad di kalangan orang Islam negara ini sudah sampai ke tahap kritikal. Bilangan kes orang yang dilahirkan Melayu-Islam yang mohon tukar nama asal serta saudara baru yang tidak mengamalkan cara hidup Islam atau mahu balik ke agama asal meningkat tahun demi tahun. Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menggemparkan seluruh negara apabila menyebut bilangan mereka yang murtad mencapai hampir suku juta. Semasa pendedahan ini dibuat pada tahun 2008 dulu, ramai yang tidak percaya. Ada juga yang mempersenda, kononnya beliau menyebut angka macam membilang jari saja. Hakikat semakin ramai orang Islam yang terpesong sangat menakutkan. Bekas Mufti Kuala Lumpur Ustaz Shaari Bustamah pernah memaklumkan bahawa bilangan murtad di ibu kota sehingga Julai 1997 ialah 3,000 orang. Kajian di Jabatan Statistik menunjukkan terdapat 4,776 permohonan pada tahun 1989 sahaja. Mengikut rekod Mahkamah Syariah, seramai 863 kes telah dirujuk kepadanya antara tahun 2000 hingga 2010 bagi tujuan menukar status agama Islam. Daripada bilangan ini, 168 kes telah diluluskan. Kajian lain menunjukkan bahawa 519 permohonan menukar nama Islam kepada bukan Islam dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara antara 1994 dan 1997, yang mana 48 peratus permohonan diluluskan.
Soalan 2
Isu Hak Penjagaan Anak Bagi Pasangan Yang Salah Seorang daripada Mereka Memeluk Islam.Jawatankuasa Fatwa Perlis mengeluarkan fatwa yang menyatakan hak penjagaan anak diserahkan kepada pasangan yang lebih layak tanpa mengira agama mereka. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata jawatankuasa tersebut mendapati adalah tidak adil untuk menentukan hak penjagaan anak semata-mata berdasarkan agama ibu bapa kerana keseluruhan kebajikan dan kepentingan kanak-kanak itu menjadi keutamaan. Katanya, fatwa tersebut boleh memberi isyarat kepada titik perubahan dalam kes hak penjagaan anak dibicarakan di Mahkamah Syariah terutama kes membabitkan ibu bapa apabila mereka memeluk agama Islam. "Keseluruhan kebajikan kanak-kanak termasuk keperluan fizikal, moral dan emosi mereka. Ibu bapa yang lebih berkemampuan menyediakan keperluan ini perlu mendapat hak penjagaan sama ada mereka Islam atau tidak," kata Dr Mohd Asri kepada The Star. Beliau berkata mahkamah perlu mengadili pasangan yang lebih sesuai dengan mengkaji latar belakang dan corak kehidupan mereka selain mengambil kira pilihan kanak-kanak. "Jika kedua-dua pasangan mampu menjaga kanak-kanak itu, maka kanak-kanak berhak memilih untuk tinggal bersama ibu atau bapa mereka," katanya. Dibawah perintah ini, pasangan yang beragama Islam masih wajib untuk memperkenalkan agama itu kepada anak-anak sama ada mereka mendapat hak penjagaan atau tidak.
Soalan 3
Isu Penurunan Salib di Kampung Medan.1) Malaysia tak larang penganur agama lain nak bina gereja, kuil atau tokong. Bahkan banyak je kat Malaysia. Tak di sekat pun. CUMA, Kebenaran untuk membina rumah ibadah seperti gereja dan kuil ini adalah ketat. Ada akta yang mengawalnya. Data menunjukkan kadar penganut agama dan skala/jumlah rumah ibadah yang dibina adalah tidak munasabah. Tindakan boleh diambil terhadap pihak yang melanggar syarat ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 128 dan Seksyen 129 Kanun Tanah Negara 1962 (Akta 56), Seksyen 20 dan Seksyen 26 Akta Jabatan Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Seksyen 70(12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1975 (Akta 133)," Ini tidak bermakna penganut agama lain tidak boleh membina rumah ibadat cuma mereka perlu melakukan permohonan melalui Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam terlebih dulu untuk mendapatkan kelulusan dan dinilai oleh Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri. 2) DAN, gereja tu di bina secara HARAM dan tiada permit. Boleh rujuk di sini:http://www.ismaweb.net/2015/04/gereja-haram/ 3) Seterusnya, dalam FIQH KENEGARAAN, ulama'-ulama islam telah berbincang tentang isu "boleh tak di sebuah negara islam, agama lain mengangkat syiar mereka seperti jual arak terang-terang, jual babi terang-terang dan angkat salib terang-terang. Maka, ini adalah pendapat ulama': "Mereka tidak dilarang sama sekali untuk menunjukkan secara terang-terangan penjualan babi dan arak serta tanda lambang salib dan membunyikan loceng gereja pada sebuah kampung yang tiada padanya penduduk Muslim. Adapun pada sebuah perkampungan Islam, maka dilarang sama sekali mereka mengangkat tanda lambang salib atau mempamerkan berhala mereka pada kerayaan mereka". ( Kitab "بدائع الصانع في الترتيب الشرعي, tulisan Imam Al-Kasani) "Tiada masalah bagi orang bukan Islam untuk mengekalkan tempat ibadat mereka yang lama, bahkan mereka berhak untuk memperbaharuinya. Adapun untuk membina rumah ibadat yang baru pada perkampungan Islam, maka perkara itu adalah dilarang..." (Kitab حقوق أهل الذمة, tulisan Abul A'la Al-Maududi) 4) Maka berdasarkan apa yang ulama' sebut di atas, jika sesuatu kawasan tu majoriti muslim, tak boleh tegakkan syiar agama lain. Jika di situ kawasan majoriti non muslim, maka tiada masalah. 5) Tapi, pendekatan di Malaysia adalah sederhana. Boleh buat rumah ibadat agama lain, CUMA, pastikan ikut saluran yang betul, bukan secara haram. 6) Maka, teguran saya: Kepada gereja, gunalah saluran yang betul untuk bina gereja, bukan dengan cara haram. Kepada penduduk Taman Medan, gunalah saluran yang betul untuk berdemontrasi, jika ada jalan yang lebih murni, utamakan Wallahua'lam.
Soalan 4
Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Masyarakat Kristian.Dari satu sudut, kita dapati, pelbagai pandangan diutarakan dengan melihat dari pelbagai sudut. Secara asasnya, apa yang paling penting adalah, prinsip Islam itu sendiri dalam menilai isu sebegini. Berdasarkan pengamatan dari segenap aspek, baik dari hujah mereka yang membenarkan mahupun hujah mereka yang melarang, kesimpulan umum yang dapat dibuat adalah, ianya lahir (samada bersetuju atau menolak) daripada hujah-hujah yang zhonniyyah atau tidak muktamad. Namun, ketika berhadapan dengan sesuatu isu setempat, pendirian seseorang ahli ilmu atau ulama’ selalunya dibina atas timbangan keilmuan yang teliti, setelah melihat segenap sudut yang perlu diperhatikan termasuklah maslahat sesebuah masyarakat Islam di tempat tersebut. Oleh yang demikian, dalam isu penggunaan kalimah “Allah” bagi orang-orang Kristian ataupun orang-orang kafir yang lain, pendirian seseorang ahli ilmu itu hanyalah berbentuk tarjih (menguatkan salah satu pendapat) setelah menilai isu ini dari pelbagai sudut. Penggunaan Kalimah Allah dan Toleransi Beragama Allah s.w.t. mengakui kebenaran Islam bahkan mengiktiraf hanya Islam sebagai suatu kebenaran dan hanya Islam merupakan agama yang benar yang mengandungi segala ajaran yang benar dalam segenap sudut samada dari sudut aqidah, hukum-hakam dan akhlak. Berdasarkan ajaran Islam juga, hanya dengan aqidah murni Islam sahaja, seseorang dapat selamat daripada api neraka. Walaupun Islam memberi kebebasan beragama kepada sesiapa sahaja dari kalangan orang-orang kafir, namun Islam tetap mengajak umat manusia kepada menerima ajaran Islam yang murni dan tidak pernah mengiktiraf agama-agama mereka sebagai kebenaran. Ini kerana, hanya Islam sahaja merupakan agama yang boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Maka, konsep toleransi dalam Islam tidak membawa kepada sama-rata atau persamaan secara mutlak, tetapi masih wujud konsep eksklusifnya seperti hanya Islam sahaja diterima sebagai agama di sisi Allah s.w.t., hanya penyembahan kepada Allah s.w.t. sahaja secara tauhid, yang diterima di sisi Allah s.w.t. dan selain konsep kehambaan ini, tidak menyelamatkan seseorang daripada kekal dalam neraka. Penggunaan Kalimah ALLAH Menurut Islam Kalimah ALLAH adalah satu nama khas bagi merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, Maha Agung lagi Maha Sempurna. Kalimah ALLAH dalam Islam merujuk kepada zat Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan dan keesaan serta berlepas dari sebarang sifat kekurangan. Dalam Islam, kalimah “ALLAH” bukan sekadar suatu kata nama, tetapi merangkumi konsep ketuhanan yang bersifat dengan kesempurnaan dan keesaan. Maka, apabila kita berkata bahawasanya, Tuhan yang kami sembah adalah Allah, bererti, Allah s.w.t. yang disembah tersebut bersifat dengan sifat-sifat yang telah disebutkan terutamanya aspek kesempurnaan dan keesaan-Nya. Kalau seseorang berkata: “Saya menyembah Allah” tetapi yang dimaksudkan adalah tuhan yang terdiri daripada tiga oknum atau salah satu daripada oknum tuhan trinity, maka ianya suatu yang menyalahi “dasar dan prinsip” Islam sebenar. Allah s.w.t. sendiri sudah menjelaskan bahawa kalimah “Allah” adalah suatu nama bagi merujuk kepada satu-satunya Tuhan yang Maha Benar dengan sifat-sifat yang disebutkan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa. (1) Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. (2) Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, (3) Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia." (Surah Al-Ikhlas: 1- 4)
Soalan 5

Soalan 6
Isu Kepala Lembu di Kuil / Rumah Penganut Hindu.Demonstrasi kepala lembu adalah suatu demostrasi telah diadakan di depan pintu pagar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Shah Alam, Selangor pada hari Jumaat, 28 Ogos 2009 selepas sembahyang Jumaat dengan menggunakan kepala lembu sebagai lambang protes. Daripada ribuan jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, kira-kira 200 jemaah lelaki telah berjalan kaki sejauh 2 km, berarak ke bangunan SUK Shah Alam iaitu ibu pejabat Menteri Besar Selangor Tan Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Rodziah Ismail. Salah seorang daripada mereka membawa kepala lembu yang masih berdarah dan dipijak-pijak sebagai tanda protes terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat yang seolah-olah 'lembu dicucuk hidung'. Dalam laman web sebelumnya ,memang ada cadangan membawa kepala lembu. Kepala lembu itu mulanya tersangkut di pagar masjid Shah Alam . Lembu dan babi pernah mencetuskan peristiwa 'Black hole Culcutta' di India. Penduduk berugama Islam di Seksyen 23, Shah Alam tertanya-tanya dan tidak setuju kuil [Hindu]] dibina berhampiran kawasan perumahan mereka. Kuil baru itu sebenarnya adalah kuil Hindu dari Seksyen 19 yang akan dipindahkan ke Seksyen 23. Lokasi baru ini berhampiran dengan taman permainan dan 300 meter dari rumah penduduk . Penduduk Seksyen 23 mahu kuil S19 dipindahkan sahaja ke S22 iaitu di kawasan industri, bukan di S23. Lagipun penganut Hindu S19,S22 dan S23 sekitar 20 % sahaja. Rumah YB Rodziah Ismail selaku Adun Batu Tiga dikatakan di SS19. Penduduk S23 tidak diajak berbincang walaupun pejabat Adun terdapat di situ. Penduduk Melayu di Taman Ixora S23 diminta bertolak ansur dalam kehidupan masyarakat majmuk. Penduduk Melayu tentu akan sama tersinggung jika penduduk Klang yang ramai India membantah pembinaan masjid dan surau. Selama ini orang Melayu tidak pernah membantah kuil-kuil yang dibina di kawasan ladang atau di kawasan majoriti India kerana mereka berjauhan. Banyak juga masjid dan surau di Malaysia yang bersebelahan dengan kuil dan gereja seperti di Teluk Intan dan di Singapura .