OpenLearning

1. Apakah tiga aspek yang memainkan peranan penting dalam proses membina kesepaduan antara etnik?


Perpaduan, saling bergantung, dan keharmonian.

2. Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan .............


Model Sosial Makanan Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia Ruang Awam Tidak berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaaan tetapi ada kalanya boleh berkaitan dengan acara keraian keagamaan. Contoh: Perayaan yang boleh dikongsi bersama. Ruang Bukan Awam Berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Contoh: Makanan larangan berkaitan dengan acara tertentu dalam meraikan keagamaan. Peranan Makanan dalam Kesepaduan Sosial Melangkaui makanan yang berhubung kait dengan larangan agama terutama melalui tahap kefahaman dan hormat antara satu sama lain. Dalam konteks ruang awam, sebagai contoh majlis perkahwinan etnik Melayu dan jamuan hari raya turut dihadiri oleh masyarakat pelbagai etnik. Beraneka juadah disediakan supaya ada pilihan kepada tetamu yang tidak boleh makan juadah yang dilarang mengikut kepercayaan agama mereka. Dalam majlis berkenaan juadah seperti rendang daging lembu ialah makanan larangan kepada etnik India dan sebagai pilihan disediakan juadah daripada ayam dan kambing. Begitu juga sebaliknya jika etnik Melayu yang menjadi tetamu dalam majlis yang diadakan oleh etnik India, sajian ayam ataupun kambing yang dihidangkan mestilah halal, iaitu yang telah disembelih mengikut cara Islam. Tindakan kolektif seperti ini menunjukkan tahap kefahaman dan sikap hormat- menghormati terhadap budaya dan agama etnik yang berbeza dan berlaku secara semula jadi yang seterusnya dapat mengeratkan ikatan kesepaduan sosial. Dalam bentuk ruang awam yang lain, makanan terus menjadi simbol persahabatan dan keakraban yang begitu unik dikongsi bersama oleh pelbagai etnik di Malaysia. Semasa bulan Ramadan contohnya, bazaar Ramadan dan bufet Ramadan yang ditawarkan di hotel dan di restoran menyajikan makanan yang pelbagai gabungan antara masakan tradisi Melayu dan makanan antarabangsa. Pilihan sajian ini menarik minat masyarakat bukan Melayu untuk datang dan membeli makanan yang disediakan. Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, suasana berkenaan merupakan peluang untuk mereka merasai masakan tradisi Melayu yang digemari. Bulan Ramadan juga menyaksikan ramai rakan yang bukan beragama Islam menghadiri majlis berbuka puasa rakan Islam mereka, dan mereka turut memberi penghormatan menunggu sehingga waktu berbuka untuk makan bersama. Kesepaduan sosial yang terjalin, terus dapat dilihat dalam majlis rumah terbuka sempena sambutan hari raya dan perayaan etnik yang lain. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik akan berduyun-duyun datang menghadiri majlis tersebut sama ada yang dianjurkan oleh rakan atau jiran, jawatankuasa kawasan tempat tinggal mereka ataupun rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemimpin ataupun jamuan rumah terbuka hari raya yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Majlis rumah terbuka yang melibatkan pelbagai etnik ini sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk bertegur sapa, beramah mesra, bertanya khabar dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara. Suasana ini dapat memupuk sikap bertoleransi antara satu sama lain kerana dengan mengadakan sesuatu majlis, mereka akan mengajak jiran dan kenalan tanpa mengira taraf, status atau keturunan masing-masing. Makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam pula ialah makanan yang dikaitkan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Contohnya, dalam majlis aqiqah bagi orang Islam, daging yang dimasak bagi majlis tersebut tidak boleh dihidangkan kepada orang bukan Islam. Rakan-rakan dan keluarga yang bukan Islam tetap boleh hadir dalam majlis tersebut tetapi mereka dihidangkan dengan masakan yang berbeza dan keadaan ini tidak dianggap sebagai beban kepada tuan rumah. Kemeriahan majlis yang disambut oleh pelbagai etnik adalah lebih bermakna kerana kesepaduan sosial dapat dibentuk daripada interaksi sedemikian. Hidangan pelbagai jenis makanan tradisi mahupun moden yang disajikan dalam majlis atau upacara tertentu sesuatu etnik yang dihadiri oleh etnik lain di negara ini memberikan impak dalam hubungan antara mereka. Kesepaduan sosial boleh dilihat dengan jelas semasa rakyat Malaysia meraikan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Dalam setiap perayaan tersebut, makanan menyatukan semua melalui hidangan jamuan yang disediakan. Manakala dalam kehidupan harian kesepaduan sosial menerusi makanan ini dapat disaksikan di tempat-tempat makan umum seperti di restoran milik etnik Melayu, restoran Mamak yang biasanya beroperasi dua puluh empat jam, restoran Kopitiam milik etnik Cina atau Melayu, atau di tempat makan yang eksklusif. Pelbagai etnik bertumpu di tempat berkenaan, menikmati makanan yang juga bersifat pelbagai dan secara tidak langsung interaksi antara etnik berlaku lalu membentuk kesepaduan sosial yang lestari. Sesungguhnya Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi ditambah dengan keunikan latar belakang masyarakatnya. Gabungan daripada kedua-dua elemen tersebut menawarkan kepelbagaian hidangan makanan warisan pelbagai etnik dan berperanan pula mewujudkan kesepaduan sosial melalui amalan pemakanan harian masyarakat tanpa memikirkan perbezaan latar belakang budaya antara mereka.

3. Apakah dua jenis ruang sosial makanan?


Ruang awam dan ruang bukan awam

4. Berikan maksud makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam.


Ruang Bukan Awam Berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Contoh: Makanan larangan berkaitan dengan acara tertentu dalam meraikan keagamaan. Peranan Makanan dalam Kesepaduan Sosial Melangkaui makanan yang berhubung kait dengan larangan agama terutama melalui tahap kefahaman dan hormat antara satu sama lain. Dalam konteks ruang awam, sebagai contoh majlis perkahwinan etnik Melayu dan jamuan hari raya turut dihadiri oleh masyarakat pelbagai etnik. Beraneka juadah disediakan supaya ada pilihan kepada tetamu yang tidak boleh makan juadah yang dilarang mengikut kepercayaan agama mereka. Dalam majlis berkenaan juadah seperti rendang daging lembu ialah makanan larangan kepada etnik India dan sebagai pilihan disediakan juadah daripada ayam dan kambing. Begitu juga sebaliknya jika etnik Melayu yang menjadi tetamu dalam majlis yang diadakan oleh etnik India, sajian ayam ataupun kambing yang dihidangkan mestilah halal, iaitu yang telah disembelih mengikut cara Islam. Tindakan kolektif seperti ini menunjukkan tahap kefahaman dan sikap hormat- menghormati terhadap budaya dan agama etnik yang berbeza dan berlaku secara semula jadi yang seterusnya dapat mengeratkan ikatan kesepaduan sosial. Dalam bentuk ruang awam yang lain, makanan terus menjadi simbol persahabatan dan keakraban yang begitu unik dikongsi bersama oleh pelbagai etnik di Malaysia. Semasa bulan Ramadan contohnya, bazaar Ramadan dan bufet Ramadan yang ditawarkan di hotel dan di restoran menyajikan makanan yang pelbagai gabungan antara masakan tradisi Melayu dan makanan antarabangsa. Pilihan sajian ini menarik minat masyarakat bukan Melayu untuk datang dan membeli makanan yang disediakan. Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, suasana berkenaan merupakan peluang untuk mereka merasai masakan tradisi Melayu yang digemari. Bulan Ramadan juga menyaksikan ramai rakan yang bukan beragama Islam menghadiri majlis berbuka puasa rakan Islam mereka, dan mereka turut memberi penghormatan menunggu sehingga waktu berbuka untuk makan bersama. Kesepaduan sosial yang terjalin, terus dapat dilihat dalam majlis rumah terbuka sempena sambutan hari raya dan perayaan etnik yang lain. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik akan berduyun-duyun datang menghadiri majlis tersebut sama ada yang dianjurkan oleh rakan atau jiran, jawatankuasa kawasan tempat tinggal mereka ataupun rumah terbuka yang dianjurkan oleh pemimpin ataupun jamuan rumah terbuka hari raya yang diadakan pada peringkat kebangsaan. Majlis rumah terbuka yang melibatkan pelbagai etnik ini sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk bertegur sapa, beramah mesra, bertanya khabar dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara. Suasana ini dapat memupuk sikap bertoleransi antara satu sama lain kerana dengan mengadakan sesuatu majlis, mereka akan mengajak jiran dan kenalan tanpa mengira taraf, status atau keturunan masing-masing. Makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam pula ialah makanan yang dikaitkan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Contohnya, dalam majlis aqiqah bagi orang Islam, daging yang dimasak bagi majlis tersebut tidak boleh dihidangkan kepada orang bukan Islam. Rakan-rakan dan keluarga yang bukan Islam tetap boleh hadir dalam majlis tersebut tetapi mereka dihidangkan dengan masakan yang berbeza dan keadaan ini tidak dianggap sebagai beban kepada tuan rumah. Kemeriahan majlis yang disambut oleh pelbagai etnik adalah lebih bermakna kerana kesepaduan sosial dapat dibentuk daripada interaksi sedemikian. Hidangan pelbagai jenis makanan tradisi mahupun moden yang disajikan dalam majlis atau upacara tertentu sesuatu etnik yang dihadiri oleh etnik lain di negara ini memberikan impak dalam hubungan antara mereka. Kesepaduan sosial boleh dilihat dengan jelas semasa rakyat Malaysia meraikan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Kaamatan dan Hari Gawai. Dalam setiap perayaan tersebut, makanan menyatukan semua melalui hidangan jamuan yang disediakan. Manakala dalam kehidupan harian kesepaduan sosial menerusi makanan ini dapat disaksikan di tempat-tempat makan umum seperti di restoran milik etnik Melayu, restoran Mamak yang biasanya beroperasi dua puluh empat jam, restoran Kopitiam milik etnik Cina atau Melayu, atau di tempat makan yang eksklusif. Pelbagai etnik bertumpu di tempat berkenaan, menikmati makanan yang juga bersifat pelbagai dan secara tidak langsung interaksi antara etnik berlaku lalu membentuk kesepaduan sosial yang lestari. Sesungguhnya Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam semula jadi ditambah dengan keunikan latar belakang masyarakatnya. Gabungan daripada kedua-dua elemen tersebut menawarkan kepelbagaian hidangan makanan warisan pelbagai etnik dan berperanan pula mewujudkan kesepaduan sosial melalui amalan pemakanan harian masyarakat tanpa memikirkan perbezaan latar belakang budaya antara mereka.

5. Keperluan ................. bersifat relatif dan tidak bersifat mutlak tetapi keperluan ini merupakan sumber penting untuk meningkatkan kualiti hidup.


Rohani

6. Karya yang dihasilkan Chuah Thena Teng sarat dengan unsur ................... apabila beliau mengubah teknik lukisannya yang berlatarbelakangkan negara Cina, tempat beliau mendalami ilmu seni lukis.


akulturasi

7. Sam Karuna telah memperbaharui teknik lukisannya melalui medium batik dengan memperkenalkan teknik yang dipanggil ....................


Erhu

8. Apakah dua badan yang telah menerbitkan beberapa iklan pesanan khidmat sosial yang berkaitan degan perpaduan?


FINAS dan ASWAJA

9. Siapakah salah seorang rakyat negeri Perak yang telah menerima Ikon 1Malaysia yang telah berjaya membawa kehidupan rakyat di layar perak dan akhbar?


Yasmin Ahmad

10. Perkembangan ................... telah membolehkan maklumat dalam semua bidang diserbarkan ke seluruh dunia dengan pantas merentas sempadan geografi.


teknologi

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3.8fd07ef9993d3220.css)

Chat