Ahli parlimen yang mewakili kawasan parlimen saya adalah Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Abdul Razak. Beliau juga merupakan perdana menteri Malaysia yang keenam. Beliau memegang jawatan perdana mentari sejak 3 April 2009 hingga kini. Sebagai ahli parlimen kawasan P85 Pekan Pahang Darul Makmur beliau telah banyak membuat pelbagai kemajuan yang baru dikawasan parlimen pekan. Antaranya beliau telah memperkenalkan gagasan 1 Malaysia dimana gagasan ini dapat menjalinkan hubungan baik antara etnik di Malaysia. Walaupun dikawasan pekan populasi etnik lain amatlah sedikit berbanding populasi etnik Melayu. Membuat aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai etnik. Contohnya, aktiviti gotong royong di setiap taman perumahan yang mempunyai pelbagai etnik.Selain daripada etnik Melayu terdapat juga etnik orang asli dikawasan pekan.Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Abdul Razak juga banyak membela nasib etnik orang asli. Dulu mereka duduk dihutan dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap kini mereka dibantu dengan bantuan rumah kepada mereka.