Jawapan Esei
Dalam Kamus Dewan edisi ketiga, globalisasi memberi makna suatu fenomena yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari Book 10 - Bab 12.indd 242 3/10/09 6:12:00 PM Globalisasi Dan Hubungan Etnik 243 segi perhubungan manusia disebabkan kepesatan dan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Terdapat banyak lagi pentakrifan tentang globalisasi. Sesetengah sarjana seperti Viotti dan Kappi (1997) dan Riggs (1999) menyebut bahawa globalisasi yang berlaku pada masa kini sebenarnya adalah lanjutan daripada kolonialisme yang telah berlaku dalam abad ke-13 hingga abad ke-18. Hal yang sedemikian kerana gelombang pertama globalisasi pada waktu itu juga telah melahirkan perubahan sistem, kemasukan budaya luar ke dalam budaya hidup negara terjajah, serta bermulanya pembentukan budaya global. Keadaan ini disokong oleh Hall (1991) yang menyifatkan perkembangan yang berlaku dalam zaman kolonialisme dan kini mempunyai banyak persamaan kerana berlakunya pembentukan budaya hybrid, iaitu transformasi budaya tempatan akibat penyebaran budaya Barat. Jelas, proses globalisasi bukan hanya suatu fenomena perdagangan dan informasi yang dipacu kemajuan ICT, bahkan ia merupakan suatu proses transformasi budaya yang berlaku dalam budaya sekunder iaitu budaya tempatan negara yang mengalami terjahan budaya luar. Globalisasi pemodenan Barat secara tidak langsung mengubah entiti sistem kehidupan masyarakat negara membangun baik daripada segi politik, sosial, budaya mahupun ekonomi (Lukman Z. Mohamad dan Azmi Abdul Manaf, 2003). Namun begitu, Kenichi Ohmae (dalam Aizuddin et al., 2004) telah menerangkan bahawa pengaruh budaya luar yang menyelinap masuk ke segenap aspek budaya tempatan itu tidak semestinya berlaku secara paksaan. Ada tanda-tanda ia berlaku secara sukarela disebabkan keinginan masyarakat setempat untuk meniru budaya tersebut kerana menyangkakan mereka akan ketinggalan dan dipencilkan daripada aliran kemajuan ekonomi, perdagangan dan informasi global. Keadaan ini dapat kita lihat seperti dalam aspirasi Malaysia yang ingin melahirkan Melayu glokal (gabungan global dan lokal) iaitu bangsa Melayu baru yang mampu mengekalkan identiti keMelayuannya dan juga pada masa yang sama boleh diketengahkan ke pentas antarabangsa. Cuma yang menjadi persoalannya ialah apakah ini suatu utopia yang mampu direalisasikan? Kita perlu Book 10 - Bab 12.indd 243 3/10/09 6:12:00 PM 244 Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik menunggu dan melihat apa yang akan berlaku dalam beberapa dekad yang akan datang. Seorang sarjana ketamadunan Barat, Samuel Huntington (1999) pernah menyatakan bahawa lebih kurang 500 tahun lampau, dunia ini diwarnai oleh pelbagai budaya dari segenap tempat. Tamadun China dengan ciri-cirinya, tamadun India dengan bentuk rupanya, tamadun Islam dengan keagungannya dan sebagainya. Bagaimanapun apabila tamadun moden Barat mula menyerlah, kesemua tamadun ini tidak lagi dianggap moden. Hanya tamadun Barat yang dianggap moden malah dianggap salvation atau penyelamat kepada penduduk dunia. Akhirnya kini, bagi menutup jurang antara tamadun lain dengan tamadun Barat, kolonialisme dan globalisasi tersebar yang akhirnya menjadikan keunikan tamadun-tamadun lain terhakis dan terhapus secara perlahan-lahan. Kadangkala yang menjadi persoalan ialah persepsi kita. Kita sering mempunyai persepsi yang jumud tentang kemajuan, pemodenan, pembangunan dan konsep-konsep kualiti yang diperkenalkan oleh Barat. Sebagai contohnya konsep tentang moden dan tradisional. Kita sering diketengahkan dengan idea bahawa moden itu ialah apa yang dibawa oleh trend semasa, khususnya dari Barat. Jika kita berpegang kepada kepercayaan tradisi, ia dianggap jumud dan lapuk. Sedangkan sesuatu yang tradisi itu tidak semestinya jumud dan lapuk. Sebenarnya tradisional itu boleh ditakrifkan sebagai idea, kepercayaan, nilai-nilai, kebiasaan, kebaikan budaya dan sebagainya yang mempunyai pertautan yang kuat dengan sejarah dan tradisi, akan tetapi ia tetap moden dan kontemporari. Begitulah cara melihat tradisi dari sudut epistimologi positif (Osman Bakar, 2002). Keadaan ini bersesuaian dengan konsep bahawa budaya itu sesuatu yang hidup dan dinamik seperti yang dinyatakan oleh ramai sarjana termasuk Hannerz (1992), Murphy (1986) dan Walker (dalam Lukman Z. Mohamad dan Azmi Abdul Manaf, 2003). Menurut mereka, budaya sememangnya sesuatu yang cuba membezakan antara suatu kelompok manusia dengan kelompok yang lain, yang memberikan sifat homogenous sesuatu kelompok manusia dan mengidentifikasikan kelompok tersebut, akan tetapi ianya sentiasa Book 10 - Bab 12.indd 244 3/10/09 6:12:00 PM Globalisasi Dan Hubungan Etnik 245 berubah secara dinamik apabila ia bertembung dengan pengaruh luar. Hasil pertembungan itu bagaikan suatu keseimbangan kesempurnaan, ada ciri-ciri yang dikekalkan dan ada yang akan mati ditelan zaman. Sehubungan dengan itu, kita sering mendengar kenyataan golongan orang tua yang menyatakan betapa berbezanya masyarakat Melayu zaman sekarang dengan zaman dahulu. Ia tidak lain merujuk kepada kedinamikan budaya kita (Lukman Z. Mohamad dan Azmi Abdul Manaf, 2003). Globalisasi dikatakan suatu fenomena sedunia yang muncul hasil percantuman pelbagai proses transnasional dan struktur domestik yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesuatu negara menembusi sempadan negara lain. Globalisasi merupakan suatu fenomena pelbagai dimensi meliputi aspek ekonomi, politik, budaya dan ideologi (Waters, 1995; Mittelman 1996). Sebagai fenomena pelbagai dimensi, globalisasi sama ada secara perlahan atau revolusi telah membawa perubahan ke atas kehidupan masyarakat plural di negara ini. Globalisasi juga dapat ditinjau menerusi makna yang lebih luas dengan melihatnya tidak lain daripada proses penerusan penjajahan barat ke atas dunia terutama dunia Asia. Lantaran itu ada sarjana yang melihatnya tidak lain daripada proses kolonialisasi (Omar Jah, 2001). Globalisasi mempunyai hubungan dengan pembangunan sejarah kapitalisme Eropah yang cuba untuk menakluki seluruh dunia dan membawanya berada di bawah satu sistem ideologi politik yang dinamakan kapitalisme atau nasionalisme fascisme. Proses globalisasi ini dapat dikesan semenjak daripada abad ke-15, iaitu zaman kolonial Eropah mula mengembangkan kuasanya di pelbagai tempat di dunia yang dimulai oleh Sepanyol/Portugal yang berusaha untuk mengKristiankan orang liar yang tidak bertamadun. Kemudian terdapat pula kolonial British, Perancis dan Belanda yang mendakwa hendak mentamadunkan masyarakat yang dianggap belum atau tidak bertamadun yang digelar juga sebagai masyarakat primitif di Asia, Afrika dan Timur Tengah. Ia merupakan usaha melalui modenisasi dan sekularisasi oleh negara kapitalis yang berusaha membangunkan masyarakat bukan barat di Asia yang sebelum ini Book 10 - Bab 12.indd 245 3/10/09 6:12:00 PM 246 Hubungan Etnik Di Malaysia: Perspektif Teori Dan Praktik sebenarnya telah pun maju sebelum masyarakat Eropah mengalami pembaharuan (Omar Jah, 2001). Proses globalisasi pada masa itu dilihat sebagai gelombang pertama hegemoni barat ke atas dunia. Hegemoni pertama ini dilakukan menerusi proses kolonialisasi pada abad ke-17 dan ke-18 hingga kemunculan negara-negara baru yang merdeka selepas Perang Dunia Kedua yang terkenal dengan panggilan negara bangsa baru khususnya di rantau Asia. Kewujudan masyarakat plural di Malaysia berlaku dalam tempoh ini. Kolonial British telah membawa masuk ribuan golongan imigran dari India dan Cina untuk bekerja di lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah mereka di sini. Kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 juga merupakan satu pencapaian yang besar bagi pelbagai etnik di negara ini kerana antara syarat penting pemberian kemerdekaan ialah jaminan kepada wujudnya masyarakat plural yang bersatu dan harmonis. Hegemoni gelombang kedua berlaku apabila tamatnya Perang Dingin pada tahun 1991 dengan kejatuhan Soviet Union dan munculnya Amerika Syarikat sebagai satu kuasa tunggal dunia. Kelahiran kuasa besar ini sebagai kuasa tunggal dunia menjadi titik tolak kepada proses yang dikenali sebagai Tata Baru Dunia atau lebih terkenal dengan nama ‘New World Order’. Namun begitu, sebutan istilah ini agak kasar dan lebih menunjukkan kekuasaan. Maka istilah baru yang lebih lunak iaitu globalisasi dicanangkan sebagai satu corak baru penguasaan Amerika Syarikat ke atas dunia. Jika selama ini kekuasaan diteraskan kepada penggunaan kuasa ketenteraan yang kuat sebagaimana ditunjukkan dalam Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin, kali ini kuasa ekonomi menjadi alat baru kekuasaan itu. Globalisasi ini lebih diterjemahkan sebagai proses penguasaan Amerika ke atas ekonomi dunia. Lantaran itu ahli fikir barat seperti Dos Santos dan Immnuell Waltensteun melihatnya tidak lain sebagai proses Amerikanisasi. Proses ini mempunyai kesan ke atas kehidupan manusia dengan melahirkan gejala-gejala seperti consumerism, liberalism, siberisme, individualism, hedonisme dan budaya barat yang lain (Azhar, 2003). Book 10 - Bab 12.indd 246 3/10/09 6:12:00 PM Globalisasi Dan Hubungan Etnik 247 Terdapat juga pentakrifan alternatif tentang apakah sebenarnya maksud globalisasi. Tokoh-tokoh seperti Gideens dan Khondar melihat globalisasi sebenarnya adalah lanjutan daripada modenisasi. Justeru itu tidak wujud perbezaan besar di antara globalisasi dan modenisasi (Noraini, 2000). Jika mengambil takrifan di atas, negara kita sebenarnya telah pun melakukan proses globalisasi atau modenisasi sejak kita mencapai kemerdekaan dan ini bererti kita telah pun terlibat dengan proses globalisasi sejak tahun 1957 lagi. Negara ini telah pun mengalami transformasi ekonomi yang pesat iaitu peralihan daripada ekonomi berasaskan pertanian atau bahan mentah kepada ekonomi berasaskan industri dan perkhidmatan. Perubahan ekonomi pasca modenisme dan era globalisasi merangkumi perubahan ekonomi berasaskan pembuatan dan industri kepada ekonomi berasaskan perkhidmatan dan teknologi tinggi. Kini berlaku peningkatan taraf hidup dan sosial di kalangan masyarakat di Malaysia, lahirnya kelas menengah dalam kehidupan pelbagai etnik yang semakin besar bilangannya dan segolongan elit yang kaya-raya, profesional serta berpendidikan tinggi yang menjadi pemangkin kepada mudahnya proses globalisasi mengambil tempat di negara ini.