OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Integrasi ekonomi antara kaum khususnya masyarakat bumiputera Melayu dan masyarakat Cina dapat dipupuk menerusi perkongsian kemakmuran yang dijana oleh pelaksanaan dasar-dasar kerajaan terutamanya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN). Perkongsian ekonomi yang dicetuskan melalui pembukaan pasaran dapat mengikat keserasian dan tolak ansur ekonomi yang akhirnya membawa kepada usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga dapat mengendurkan jurang di antara golongan kaya dan miskin. Falsafah pembangunan dalam dasar- dasar kerajaan seperti DEB dan DPN adalah untuk mencapai matlamat keseimbangan pencapaian ekonomi di kalangan kaum khususnya masyarakat bumiputera Melayu yang suatu ketika dahulu dianggap terpinggir dalam arena perdagangan dan perniagaan yang rata-rata dikuasai oleh masyarakat Cina. Namun, selepas hampir 50 tahun negara Malaysia mencapai kemerdekaan keadaan pencapaian masyarakat bumiputera Melayu khususnya golongan usahawan Melayu dalam bidang perniagaan boleh dibanggakan berdasarkan penglibatan dalam aktiviti perdagangan dan perniagaan. Usahawan bumiputera turut menerima konsep perkongsian perniagaan dengan masyarakat bukan bumiputera dengan tujuan untuk memperluaskan rangkaian perniagaan.Perkongsian kemakmuran ini adalah interpretasi kepada 'win- win situation' di kalangan etnik pelbagai kaum yang akhirnya mendapat manfaat bersama dalam konteks ekonomi negara. Justeru itu, ketidakseimbangan ekonomi secara tidak langsung dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama demi mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan semasa DEB, telah menyusun strategi-strategi dan program-program untuk semua sektor koperat negara. Oleh kerana DEB adalah untuk menyusun semula masyarakat, kumpulan etnik yang ketinggalan sebelum perlaksanaan DEB akan memperolehi peluang untuk memperbaiki taraf hidup mereka. Kumpulan etnik yang ketinggalan dari segi sosio-ekonomi adalah masyarakat Melayu dan India. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada program-program kerajaan lebih memberi keutamaan terhadap kaum Bumiputera. Kedudukan kaum Cina tidak tergugat kerana keadaan sosio-ekonomi mereka yang jauh lebih baik dari kaum Melayu dan India. Tetapi kaum India yang mempunyai kedudukan sosio-ekonomi yang rendah telah tidak berpeluang meningkatkan kedudukan sosio-ekonomi mereka. Ini menyebabkan mereka telah ketinggalan selepas tamatnya DEB. Kegagalan masyarakat India Malaysia meningkatkan pemilik ekuiti bermakna pembahagian kekayaan negara kepada kaum India telah tidak terjadi. Salah satu objektif utama DEB adalah untuk pembahagian semula kekayaan negara dengan sama rata tanpa mengira kaum. Ini bermakna DEB telah tidak berjaya sepenuhnya untuk membahagikan kekayaan negara terutamanya kepada masyarakat India jika dibandingkan dengan masyarakat Cina dan Bumiputera

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
- Dasar Ekonomi Baru DEB mempunyai objektif yang telus dan strategi yang khusus. DEB secara keseluruhan bermatlamatkan “serampang dua mata”, iaitu: i. Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. ii. Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. -Dasar Pembangunan Nasional matlamat utama Dasar Pembangunan Nasional (DPN): i. Mewujudkan perpaduan Negara yang menjadi asas kestabilan sosial dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. ii. Mencapai taraf sebuah negara maju dalam semua segi iaitu sosial, nilai, etika, moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan dan kecemerlangan ekonomi. iii. Penglibatan sektor swasta juga ditingkatkan bagi membantu proses penyusunan semula masyarakat melalui pewujudan peluang-peluang yang lebih luas supaya sektor ini boleh berkembang. iv. Tumpuan DPN juga diberikan kepada pembangunan sumber manusia sebagai asas penting dalam mencapai matlamat pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama. -Dasar Wawasan Negara Dasar Wawasan Negara telah dilancarkan pada 4 April 2001 oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen. Tempoh masa perlaksanaan Dasar Wawasan Negara adalah dari tahun 2001-2010, iaitu selama 10 tahun. Dasar Wawasan Negara meliputi tempoh masa Rangka Rancangan Jangka Panjang ketiga (RRJP 3), iaitu dari tahun 2001 hingga 2010. Dasar ini memberikan tumpuan terhadap peningkatan keutuhan dan daya saing negara. Dasar ini juga bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mapan supaya rakyat dapat menikmati kemakmuran.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Berlaku aliran barangan, perkhidmatan, idea dan maklumat secara bebas antara negara tanpa sekatan. 1. Globalisasi memajukan ekonomi negara - Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) mempergiat perdagangan antarabangsa - Peniaga dapat meluaskan pasatan ke seluruh dunia - Persidangan video, internet dan e-mel telah memudahkan perhubungan - E-dagang dan e-perbankan juga dapat dijalankan - Peniaga dan pengguna menual dan membeli barangan melalui intrnet - Ekonomi negara berkembang pesat 2. Globalisasi mewujudkan persefahaman sejagat - Sistem komunikasi yang menghubungkan seluruh dunia memudahkan interaksi - Pertukaran pengetahuan, pengamalan budaya dan sebagainya bergerak dengan bebas - Menjalin hubungan erat dan mengurngkan salah faham - Peristiwa yang berlaku di seluruh dunia dapat diketahui dengan serta-merta - Membolehkan bantuan diberikan dengan segera 3. Sosial - Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya internet. Pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di dalam atau di luar negeri. Pendidikan bertaraf dunia dapat diwujudkan di Malaysia dalam era globalisasi. - Pendedahan pelbagai maklumat kepada rakyat Malaysia conth: bidang perubatan- makanan berkhasiat, senaman yang betul. - Ilmu-ilmu ini menjadikan rakyat Malaysia berilmu pengetahuan yang luas. 4. Ekonomi - Wujudnya perdagangan bebas, pengaliran modal secara bebas, menggalakkan persaingan, peluasan pasaran,peningkatan kualiti prosuk dan berlakunya aliran buruh mahir dan separa mahir(pemangkin kepada kemajuan negara) - Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga telah meningkat pelaburan mereka ke seluruh dunia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berkad, - Maybank dan Petronas – sebaris dengan syarikat gergasi luar negara.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3.8fd07ef9993d3220.css)

Chat