Pembangunan bandar mapan di Curitiba, Brazil.
Berdasarkan video tersebut, pendapat saya, Bandar Curitiba adalah sebuah bandar yang mapan. Hal ini kerana mempunyai pengurusan sisa buangan domestik yang sistematik dan peka terhadap alam sekitar. Ini dapat dilihat melalui pengasingan jenis sampah kepada dua iaitu sampah berbentuk organik dan sampah bukan organik. Pendekatan 'green exchange' yang digunakan oleh bandar ini amat bagus dalam memelihara alam sekitar. Bandar ini jugak menyediakan taman rekreasi yang membolehkan penduduknya melakukan aktiviti yang sihat. Taman tersebut jugak ditanam dengan banyak pokok-pokok serta tumbuhan-tumbuhan hijau yang dapat menyeimbangkan ekosistem dan membekalkan udara yang segar dan sihat. Seterusnya, pengurusan bandar melalui aspek komunikasi (pengangkutan) juga amat teratur dan memudahkan penduduknya. Oleh itu, menunjukkan bandar Curitiba adalah sebuah bandar yang mapan.