OpenLearning

Soalan 1

Bincangkan perbezaan antara agama dan penganutnya. Misalnya, antara Hindu dan Hinduisme, Muslim dan Islam, dan sebagainya.
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti dewa dan juga amalan institusi yang berkaitan dengan kepercayaan tersebut. Terdapat juga pelbagai agam seperti agama islam, Buddha dan politeisme. Manakala, penganut pula bermaksud kepercayaan yang dipegang oleh seseorang individu. Agama dan kepercayaan merupakan sesuatu yang berkaitan dimana agama merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif dan kepercayaan pula mengenai aspek ketuanan. Agama yang berlainan juga mempunyai penganut yang berbeza contohnya agama islam dianuti oleh orang muslim.soalan 2Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat.Tidak dapat dinafikan budaya setempat mempengaruhi amalan agama masyarakat. Bahkan warisan kebudayaan merupakan faktor utama menentukan agama seseorangPEMAKANAN juga menjadi salah satu aspek budaya dalam kehidupan masyakat dinegara ini.sebagai contoh, Islam mementingkan pemakanan yang halal dan bersih serta tidak tercemardengan najis atau jangkitan untuk dimakan. Makanan yang jelas haram dimakan adalahseperti hasilan khinzir dan anjing, bangkai haiwan iaitu haiwan yang mati tanpadisembelih, arak, makanan yang membawa mudharat yang nyata kepada manusia danhaiwan karnivor.Selain jenis-jenis makanan, Islam juga menitik beratkan supaya mengamalkan adabadab tertentu ketika makan seperti makan dalam keadaan duduk dan menggunakantangan kanan, makan dengan dimulai dan diakhiri dengan doa.

Soalan 2

Bincangkan bagaimana budaya setempat mempengaruhi amalan agama  masyarakat.
Pertembungan budaya setempat dengan ajaran agama yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat telah menzahirkan keunikan masyarakat tersebut. Secara ringkasnya, budaya setempat yang merangkumi cara hidup, amalan dan kebudayaan sesebuah kaum berperanan dalam mewarnai kehidupan sang penganut agama. Meskipun, berbeza ajaran agama, namun, sesebuah masyarakat tersebut boleh dipengaruhi oleh kebudayaan kaum yang lain menerusi proses asimilasi. Hal demikian dapat dilihat menerusi adat perkahwinan masyarakat Melayu yang mana mengamalkan budaya setempat seperti majlis berinai ketika malam sebelum perkahwinan diadakan. Amalan berinai ini pada dasarnya tidak terkandung dalam ajaran Islam, sebaliknya, ia merupakan amalan kebudayaan oleh masyarakat India. Terdapat juga contoh lain yang boleh dilihat untuk memahami dengan lebih mendalam akan perkaitan antara budaya setempat dengan amalan agama di Malaysia seperti kaum Chetti di Melaka. Kaum Chetti ini merupakan kaum India yang beragama Hindu tetapi mengamalkan beberapa adat kaum Melayu seperti memakai pakaian kebaya dan memasak lauk tradisional yang bercirikan masakan Melayu. Sesungguhnya, pengaruh budaya setempat dalam ajaran agama ini boleh berlaku dengan wujudnya konsep penerimaan daripada masyarakat itu sendiri dan kebolehan mereka untuk menyesuaikan kebudayaan tersebut dengan tuntutan ajaran agama yang mereka amalkan.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-d462f3.8fd07ef9993d3220.css)

Chat