OpenLearning

1. Apakah tiga aspek yang memainkan peranan penting dalam proses membina kesepaduan antara etnik?


Rakyat haruslah bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa perlulah sentiasa menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, “melentur buluh biar dari rebungnya”. Anak-anak digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran atau perayaan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan etnik. Selain itu, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan sempurna. Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian sains, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah. Guru-guru juga haruslah membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama demi menzahirkan semangat perpaduan di peringkat sekolah. Di samping itu, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Langkah tersebut diharapkan dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri mereka. Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Masyarakat setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara jiran tetangga berlainan bangsa.

2. Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan .............


Aspek kepelbagaian makanan memberikan ruang kepada pembentukan kesepaduan sosial yang mencerminkan latar belakang kehidupan masyarakat Malaysia yang bersifat pelbagai. Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis makanan yang beraneka warna dan rasa serta memaparkan sejarah masakan yang menarik untuk diketahui, dipelajari dan seterusnya dimiliki bersama. Keadaan ini telah menjadikan Malaysia memiliki aset yang amat bernilai dari segi kepelbagaian makanan yang bukan hanya menyumbang dalam proses mengeratkan ikatan perpaduan tetapi juga sebagai satu daripada produk yang menarik dalam industri pelancongan di peringkat tempatan dan antarabangsa. Dalam sektor pelancongan, promosi Malaysia sebagai destinasi ‘syurga makanan’ dengan tema Malaysian Cuisines merupakan salah satu asas kepada penonjolan pelbagai jenis makanan merentas etnik yang turut membentuk identiti masyarakat Malaysia. Dalam promosi tersebut nasi lemak sebagai contoh merupakan sajian yang popular di Malaysia kerana keenakannya dan nasi ini pula mudah disediakan. Nasi lemak yang pada asalnya sebagai hidangan untuk sarapan pagi dalam kalangan etnik Melayu tetapi kini telah menjadi pilihan semua etnik di Malaysia. Bertitik tolak daripada menjadi hidangan sarapan pagi, namun kerana penerimaan meluas dalam kalangan masyarakat setempat dan antarabangsa, kini nasi lemak bukan sahaja untuk hidangan sarapan pagi tetapi boleh didapati sepanjang masa dan setiap hari.

3. Apakah dua jenis ruang sosial makanan?


Ruang Sosial Makanan Model Sosial Makanan Masyarakat Pelbagai Etnik di Malaysia Ruang Awam Tidak berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaaan tetapi ada kalanya boleh berkaitan dengan acara keraian keagamaan. Contoh: Perayaan yang boleh dikongsi bersama. Ruang Bukan Awam Berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Contoh: Makanan larangan berkaitan dengan acara tertentu dalam meraikan keagamaan. Peranan Makanan dalam Kesepaduan Sosial Melangkaui makanan yang berhubung kait dengan larangan agama terutama melalui tahap kefahaman dan hormat antara satu sama lain. Dalam konteks ruang awam, sebagai contoh majlis perkahwinan etnik Melayu dan jamuan hari raya turut dihadiri oleh masyarakat pelbagai etnik. Beraneka juadah disediakan supaya ada pilihan kepada tetamu yang tidak boleh makan juadah yang dilarang mengikut kepercayaan agama mereka. Dalam majlis berkenaan juadah seperti rendang daging lembu ialah makanan larangan kepada etnik India dan sebagai pilihan disediakan juadah daripada ayam dan kambing. Begitu juga sebaliknya jika etnik Melayu yang menjadi tetamu dalam majlis yang diadakan oleh etnik India, sajian ayam ataupun kambing yang dihidangkan mestilah halal, iaitu yang telah disembelih mengikut cara Islam.

4. Berikan maksud makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam.


Ruang Bukan Awam Berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Contoh: Makanan larangan berkaitan dengan acara tertentu dalam meraikan keagamaan. Peranan Makanan dalam Kesepaduan Sosial Melangkaui makanan yang berhubung kait dengan larangan agama terutama melalui tahap kefahaman dan hormat antara satu sama lain. Makanan yang termasuk dalam ruang bukan awam pula ialah makanan yang dikaitkan dengan acara keagamaan atau kepercayaan. Contohnya, dalam majlis aqiqah bagi orang Islam, daging yang dimasak bagi majlis tersebut tidak boleh dihidangkan kepada orang bukan Islam. Rakan-rakan dan keluarga yang bukan Islam tetap boleh hadir dalam majlis tersebut tetapi mereka dihidangkan dengan masakan yang berbeza dan keadaan ini tidak dianggap sebagai beban kepada tuan rumah.

5. Keperluan ................. bersifat relatif dan tidak bersifat mutlak tetapi keperluan ini merupakan sumber penting untuk meningkatkan kualiti hidup.


Keperluan lain dalam kehidupan manusia selain daripada makanan untuk memenuhi tuntutan jasmani ialah keperluan terhadap tuntutan rohani. Walaupun memenuhi keperluan rohani hanya bersifat relatif dan tidak bersifat mutlak tetapi keperluan ini tetap merupakan sumber penting kepada manusia untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Keperluan rohani dapat dipenuhi menerusi beberapa sumber seperti daripada himpunan seni dalam bentuk alunan muzik, nyanyian, tarian, sukan, seni lukis dan bentuk-bentuk kreativiti lain yang dapat memberikan ketenangan, hiburan dan melegakan tekanan dalam kehidupan manusia. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik kaya dengan pelbagai corak seni warisan yang menggambarkan identiti etnik masing- masing. Malah penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat kepada kepelbagaian corak seni tersebut menjadi salah satu unsur penting dalam usaha memupuk kesepaduan sosial. Penerimaan, penghormatan dan pengiktirafan masyarakat terserlah khususnya terhadap karya seni nukilan karyawan tempatan, di samping dapat membentuk hubungan sosial dalam proses penghasilan dan penghayatan setiap karya. Kesepaduan sosial dalam hubungan antara etnik yang terhasil daripada aktiviti seni boleh dilihat dalam dua keadaan. Pertama, kesepaduan sosial yang wujud sewaktu proses penghasilan sesuatu bentuk seni itu dijalankan. Umpamanya, dalam kerja menghasilkan karya muzik memerlukan komposer muzik, penyanyi, jurutera bunyi, alatan muzik, penulis lirik, penggubah lagu dan lain-lain aspek yang berkaitan. Proses penghasilan karya muzik juga melibatkan pelbagai kemahiran dan dalam konteks masyarakat Malaysia, kemahiran tersebut biasanya diperoleh daripada himpunan kemahiran pelbagai etnik. Pembahagian kerja yang begitu rencam membentuk suatu jalinan hubungan yang saling bergantungan untuk memastikan sesuatu karya seni bermutu dapat dihasilkan yang akan dinikmati oleh masyarakat sebagai pengisian kepada keperluan rohani mereka.

6. Karya yang dihasilkan Chuah Thena Teng sarat dengan unsur ................... apabila beliau mengubah teknik lukisannya yang berlatarbelakangkan negara Cina, tempat beliau mendalami ilmu seni lukis.


Karya yang dihasilkan Chuah Thena Teng sarat dengan unsur ................... apabila beliau mengubah teknik lukisannya yang berlatarbelakangkan negara Cina, tempat beliau mendalami ilmu seni lukis. Hubungan sosial dalam ruang kesenian di Malaysia saling terkait dan saling bergantungan merentas etnik dan menyumbang kepada pemupukan kesepaduan sosial. Keadaan ini juga terserlah dalam karya seni yang lain seperti seni lukis yang dihasilkan oleh pelukis tempatan Chuah Thean Teng dan Sam Karuna dalam lukisan batik moden. Chuah Thean Teng Chuah Thean Teng seorang pelukis keturunan etnik Cina dan beliau menggunakan corak batik dalam karya lukisan beliau manakala subjek utama dalam lukisannya ialah kehidupan di perkampungan Melayu. Karya yang dihasilkan sarat dengan unsur akulturasi apabila beliau mengubah teknik lukisannya yang berlatarbelakangkan negara China, tempat beliau mendalami ilmu seni lukis kepada teknik tempatan iaitu corak batik dalam bentuk lukisan moden yang paling halus. Dalam hal ini, Chuah bukan sahaja memartabatkan perkampungan Melayu dalam lukisan beliau tetapi telah menjadikan corak batik sebagai medium dan beliau telah mendapat julukan sebagai ‘Bapa Lukisan Batik Moden Malaysia’.

7. Sam Karuna telah memperbaharui teknik lukisannya melalui medium batik dengan memperkenalkan teknik yang dipanggil ....................


Sam Karuna telah memperbaharui teknik lukisannya melalui medium batik dengan memperkenalkan teknik yang dipanggil .................... Sam Karuna Sam Karuna ialah seorang lagi pelukis bukan Melayu yang menggunakan batik sebagai medium dalam lukisan beliau. Beliau giat menghasilkan karya lukisan batik sejak tahun 1970-an lagi dan telah membuka Pusat Lukisan Seni Halus Batik Sam Karuna untuk mempopularkan lagi lukisan batik bukan sahaja kepada rakyat tempatan, tetapi juga kepada penggemar lukisan tersebut daripada luar negara. Sam juga telah memperbaharui teknik lukisannya melalui medium batik dengan memperkenalkan teknik ‘dyetic’ sebagai suatu teknik yang terhasil daripada proses penyatuan antara teknik tradisonal dengan teknik baharu yang beliau cipta sendiri. Sam Karuna berketurunan daripada etnik India menghasilkan lukisan menggunakan corak batik yang popular dalam kalangan etnik Melayu seterusnya mengajar teknik lukisan batik kepada pelajar beliau yang terdiri daripada pelbagai etnik – Melayu, Cina, India, Jepun dan Eropah. Interaksi yang akrab merentas etnik ini menyumbang kepada kesepaduan sosial walaupun dibatasi oleh latar belakang budaya, bahasa dan agama yang berbeza antara satu sama lain.

8. Apakah dua badan yang telah menerbitkan beberapa iklan pesanan khidmat sosial yang berkaitan degan perpaduan?


Lanjutan daripada keadaan itu, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah menerbitkan beberapa iklan pesanan khidmat sosial yang berkaitan dengan perpaduan. Begitu juga dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang turut menerbitkan beberapa iklan berbentuk perpaduan etnik. Antaranya, iklan yang menceritakan tentang perkahwinan campur yang dilakonkan oleh kanak- kanak Melayu, Cina dan India. Perkahwinan campur juga adalah salah satu cara berkesan yang telah diterima dengan baik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan etnik. Oleh yang demikian, iklan perkahwinan campur yang dihasilkan telah memberikan mesej yang mudah difahami oleh penerima, iaitu masyarakat Malaysia kerana cinta tidak mengenal bangsa dan keturunan. Tambahan pula, iklan seperti itu merupakan salah satu pengisian oleh media untuk memberi informasi dan bagi tujuan mendidik di samping dapat menghiburkan kumpulan sasarannya. Secara umumnya iklan dan pesanan khidmat sosial seperti itu boleh berunsur berat mahupun ringan. Namun yang lebih penting ialah keberkesanannya dan jika selalu ditayangkan oleh semua saluran televisyen sama ada saluran kerajaan ataupun swasta, akan menjadi satu panduan kepada masyarakat. Begitu juga dengan media dalam bentuk lain seperti perfileman dan dokumentari. Pengisiannya juga tidak ketinggalan daripada menyemai nilai-nilai perpaduan yang unik kepada pengukuhan masyarakat Malaysia. Sebagai salah satu cara untuk menceritakan kehidupan warga Malaysia, para pembikin filem dan ramai pengarah muda telah menghasilkan 15 buah filem pendek pada tahun 2009. Filem-filem pendek ini hanya mengambil masa antara 3 hingga 7 minit, tetapi berjaya memberikan impak positif kepada penonton. Mereka yang terlibat dalam pembikinan filem pendek ini ialah Yasmin Ahmad, Ho Yuhang, James lee, Tan Chui Mui, Amir Muhammad, Datuk Seri liow Tiong lai, Amber Chia, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Sharifah Amani, Jason lo, Khairy Jamaluddin, Harith Iskandar, Datuk Zaid Ibrahim, Daphne Iking, Tian Chua, Sarah Lian, Serena C, Patrick Teoh, Baki Zainal dan Ida Nerina. Ahli politik dan para pemimpin juga turut memberikan kerjasama dalam menghasilkan filem pendek yang menceritakan kehidupan seharian sebagai seorang warga Malaysia. Filem pendek yang terhasil adalah seperti Halal, Potong Saga, Chocolate, The Tree, House, The Son, Lumpur, Lollipop, One Future, Gerhana, Meter, Duit Kecil, Rojak, Slovak Sling dan Healthy Paranoia. Filem-filem pendek ini merupakan kisah yang berlaku dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia. Sekiranya rakyat mengamalkan cara hidup yang sihat dan menerima serta memahami adat dan kepercayaan setiap etnik, maka tidak ada isu yang akan ditimbulkan. Semua perkara yang terlibat dalam amalan hidup harian seperti dalam pentadbiran, pendidikan, makanan dan pergaulan dapat diterima dengan baik. Perasaan hormat-menghormati dan toleransi juga menjadi tonggak yang kukuh menyuburkan kehidupan setiap individu sebagai bangsa Malaysia yang penuh berwarna-warni.

9. Siapakah salah seorang rakyat negeri Perak yang telah menerima Ikon 1Malaysia yang telah berjaya membawa kehidupan rakyat di layar perak dan akhbar?


Seramai enam orang rakyat negeri Perak telah diberi anugerah Ikon 1Malaysia. Antara penerimanya ialah Allahyarham Yasmin Ahmad dan kartunis Lat atau nama sebenarnya Datuk Mohamad Nor Khalid. Mereka berdua telah berjaya membawa kehidupan rakyat Malaysia yang sebenar melalui layar perak dan pemaparan di dada akhbar. Dalam hal ini, peranan media sebagai perantara untuk menyampaikan mesej kesepaduan sosial terbukti berkesan, di samping dapat menyuntik semangat perpaduan etnik yang berterusan di Malaysia.

10. Perkembangan ................... telah membolehkan maklumat dalam semua bidang diserbarkan ke seluruh dunia dengan pantas merentas sempadan geografi.


Dalam konteks kesepaduan sosial, peluang untuk meneroka, mencari, mengenali dan memahami maklumat tentang pelbagai etnik, agama dan budaya boleh diperoleh dengan cepat dan mudah. Keadaan ini membolehkan pengguna ICT memahami latar belakang sesuatu etnik dengan lebih dekat termasuk tentang kepercayaan, upacara keagamaan, dan perayaan yang diamalkan oleh sesuatu kelompok etnik. ICT telah menjadi sebahagian daripada alat yang telah mentransformasi kehidupan manusia dan membawa perubahan sosial kepada masyarakat dunia. Di Malaysia, perkembangan budaya internet yang meluas secara tidak langsung telah menjalin hubungan antara manusia daripada pelbagai etnik, agama dan budaya sehingga berjaya mengikat kesepaduan sosial dalam kalangan mereka. Tegasnya, pembinaan bangsa dan negara bagi sesebuah negara berbilang etnik seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara. Justeru, kesedaran yang membawa kepada perpaduan akan dapat diterapkan dengan lebih mudah lagi dalam usaha untuk mencapai objektif membentuk negara Malaysia yang unggul apabila media elektronik dan media cetak memainkan peranan masing-masing dengan jujur dan berkesan. Peranan media massa yang diharapkan adalah untuk menguar-uarkan semangat perpaduan antara etnik dalam kalangan masyarakat. Sekian, terima kasih.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk default-node_modules_tanstack_react-query_build_umd_index_production_js-ReduxStorage_Certific-e39584 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/default-node_modules_tanstack_react-query_build_umd_index_production_js-ReduxStorage_Certific-e39584.525af0d26055fd3f.css)

Chat