(a) Adakah anda seorang yang tebal atau tipis batas etniknya?
Saya dilahirkan dan membesar dalam lingkungan kelompok etnik yang sama sejak saya kecil lagi iaitu di kawasan perkampungan Simee yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Apabila umur saya menjangkau 5 tahun, saya mendapat pendidikan awal di TADIKA XinYi. Dari situlah bermulanya saya bercampur gaul kenalan dari pelbagai bangsa dan etnik sehinggalah mendapat pendidikan tinggi di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) . Jadi, hal ini menjadikan saya seorang tipis batas etniknya kerana keadaan ini menyebabkan perasaan ingin tahu lahir dalam hati saya untuk mengetahui secara terperinci berkenaan etnik-etnik lain fokusnya dalam Malaysia. Mempunyai kenalan yang berbeza kaum amat menarik minat kerana boleh bertukar-tukar selera dalam budaya pemakanan dan sebagainya.
(b) Apakah pengalaman saling kebergantungan yang anda alami?
Keadaan ini saya alami semasa saya serumah sewa dengan seorang pelajar islam. Saya sering kali memohon bantuan tunjuk ajar beliau dalam pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Apabila tiba bulan puasa, beliau menghormati ahli rumah yang lain dan tidak makan sesuka hati di hadapan rakan-rakan lain malah beliau duduk semeja untuk berbuka puasa bersama-sama. Saya kagum dengan penghormatan beliau pada bangsa Melayu sedangkan kami berbeza kaum dan etnik. Seperti kita ketahui, juadah aneka bulan puasa sangat istimewa terutamanya kuih-muih. Beliau mencuba beberapa jenis kuih. Walaupun kami berbeza bangsa dan adat resam namun kami boleh hidup harmoni dalam sepanjang tempoh yang panjang.
(c) Apakah takrifan harian dan takrifan autoriti yang berkait dengan pengalaman hidup anda sendiri?
Autoriti menjelaskan bahawa realiti sosial yang menjadi struktur asas kuasa dominan dalam negara. Manakala, definisi harian adalah realiti sosial yang dialami oleh masyarakat dalam kehidupan harian mereka. Kehidupan saya sedikit sebanyak dipengaruhi budaya cina dan Melayu yang menjadi amalan sosial dalam kehidupan seharian saya. Hal ini kerana autoriti di negara ini telah mendedahkan saya dan memberi peluang kepada saya untuk mendekati dan mempelajari budaya-budaya lain yang terdapat di negara kita terutamanya 3 bangsa besar iaitu Melayu, Cina dan India.
D) Apakah bentuk rundingan sosial yang anda lakukan di dalam mengalami kehidupan sebagai ahli masyarakat pelbagai etnik di negara ini?
Saya mengambil contoh keadaan sekeliling yang pernah saya alami, saya duduk serumah dengan kawan yang berlainan agama di rumah sewa, jadi saya dan dia berkongsi cerita mengenai adat resam kaum masing-masing. Adat yang baik dijadikan amalan, serta sifat hormat menghormati itu memainkan peranan yang sangat penting dalam mengekalkan keharmonian dalam membina persahabatan sehinggalah sekarang walaupun kini kami tidak lagi sebumbung, namun persahabatan kami masih lagi kuat bersatu.aktiviti perkongsian budaya dan cara hidup mengikut kaum harus dilaksanakan kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dari segi pemakanan, pemakaian dan juga permainan. Hal ini dapat mengeratkan persahabatan.
2.
a) - Tidak menyentuh tentang sensitiviti sesuatu kaum di tempat umum terutama di hadapan rakan yang berlainan bangsa
b) - Menyertai program yang melibatkan semua kaum seperti sambutan Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia.
c) - Menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kaum lain untuk memahami budaya kaum lain dengan melalui berkomunikasi dengan mereka.
d) - Mengamalkan amalan kunjung-mengunjungi ke rumah kawan yang berlainan bangsa pada musim perayaan
.e) - Menjaga hubungan baik dengan semua orang tidak kira dimanapun terutama rakan-rakan yang sering kita jumpa
.f) - Menyertai dan melibatkan diri dalam pelbagai program dan aktiviti anjuran kolej mahupun fakulti yang menampilkan kerjasama pelbagai etnik lain
.g) - Menyertai Program Anak Negeri yang boleh mengeratkan hubungan antara kaum dalam negeri saya sendiri iaitu Negeri Sembilan.
h) - Keluar bersama rakan berlainan bangsa seperti keluar bersama rakan-rakan Sabah untuk mengeratkan hubungan dan mengajak mereka pulang ke kampung halaman kita untuk merasai pengalaman kehidupan kita
i) - Menyertai program kemasyarakatan seperti pergi melawat rumah orang tua
j) - Bersikap terbuka dan menerima kekurangan etnik yang berlainan.
k) - Menghakis sikap prejudis terhadap kaum lain dengan membuang pemikiran negatif terhadap mereka dan menjaga perasaan mereka