Apa yang telah saya perolehi daripada video tersebut adalah, saya dapat mengetahui 3 era dalam hubungan etnik yang menjadi titik hitam negara. Antara 3 era tersebut adalah Era Zaman Jepun( 8 Disember 1941-31 Januari 1942) , Mongok Pekerja ( 1947) dan akhir sekali, tidak asing lagi peristiwa yang telah melibatkan pertumpahan darah dalam kalangan masyarakat melayu dan cina iaitu 13 Mei 1969. Sebenarnya, idea daripada era tersebut tercetus daripada idea pengalaman daripada Perang Dunia ke 2. Hal ini kerana, terdapat keganasan yang telah berlaku dan menyebabkan pertumbahan darah.Tetapi di hujung peperangan mempunyai konflik kaum yang tidak dimasukan dalam buku sejarah di antara kaum melayu dan cina. Dan kemudiannya berlaku darurat sehingga tahun 1957. Dan selepas kemerdekaan tahun 1960,baru darurat ditamatkan. dan 9 tahun kemudian berlakunya 13 Mei 1969 dimana darah konflik berterusan dan keganasan berleluasan.Pada akhir era konflik tersebut terdapat satu kestabilan telah diperolehi tetapi disebabkan oleh peristiwa 13 Mei tersebut telah menyebabkan kestabilan tergugat. terdapat pelbagai usaha yang telah diambil oleh masyarakat yang telah diuruskan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk memulihkan keamanan negara. dan mereka menyatakan peristiwa tersebut berlaku oleh kerana ekonomi orang melayu masih ketinggalan dan ini menyebabkan dasar ekonomi baru dibentuk. Secara kesimpulan nya, Dasar ekonomi baru ini dijalankan sehingga sekarang dapat meningkat kesepaduan kaum di negara kita.