OpenLearning

Soalan 1

Setelah menonton video tentang LO 1, maka bincangkan hubung kait antara pembangunan ekonomi dengan hubungan etnik di Malaysia (sebelum merdeka, selepas merdeka dan sekarang)
Sebelum negara mencapai kemerdekaan dari Inggeris, masih terdapat jurang dalam perhubungan antara kaum yang memisahkan mereka dari segi bahasa, budaya,pendidikan atau tempat tinggal. Masalah jurang pencapaian ekonomi di kalangan masyarakat Melayu dan bukan Melayu sering menjadi persoalan sehingga membawa kepada peristiwa hitam dalam sejarah perpaduan negara iaitu rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 yang berpunca daripada ketidakseimbangan pengagihan pendapatan, pelajaran dan status sosial antara kumpulan etnik.Kedudukan ekonomi negara turut terjejas berikutan peristiwa tersebut. Memandangkan keadaan tidak menentu di dalam negara,kerajaan telah mewujudkan MAGERAN dengan meletakkan Rukunegara sebagai mekanisme ke arah mewujudkan perpaduan semula di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Di samping itu, kerajaan sedar akan masalah yang dialami oleh masyarakat iaitu jurang pendapatan antara Melayu dan bukan Melayu telah membawa kepada peristiwa berdarah tersebut. Oleh yang demikian, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagai strategi ke arah mengukuhkan pendapatan dan ekonomi bumiputera Melayu dan seterusnya dapat mengurangkan jurang ekonomi dengan masyarakat bukan Melayu. Pada pertengahan tahun 1970, DEB yang begitu bermakna telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak. Implikasi dasar ini terletak pada matlamatnya yang berbentuk serampang dua mata iaitu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum melalui kegiatan ekonomi.

Soalan 2

Setelah memahami LO 2, terangkan bagaimanakah kedudukan ekonomi Bumiputera / Kaum Cina / Kaum India / Kaum lain sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru? Sila pertimbangkan impak jawapan anda ke atas keadaan politik, ekonomi dan sosial semasa.
Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, masih belum wujud Dasar Ekonomi Baru dan telah wujud dasar pecah dan perintah. Sebagai contoh, etnik Melayu diletakkan di kawasan kampung agar menjalankan aktiviti pertanian. Hal ini telah menyebabkan berlaku ketidakstabilan ekonomi dalam kalangan etnik di tanah Melayu pada masa itu. Hal ini demikian telah berlaku jurang ekonomi yang ketara antara etnik. Mereka juga sukar untuk bersatu menentang penjajah. Kedudukan etnik Melayu juga terancam. Kewujudan Dasar Ekonomi Baru telah menjadi asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Ketidakseimbangan ekonomi, ketegangan dan konflik antara etnik dan kemiskinan yang melanda sesetengah etnik juga dapat dikurangkan dan dielakkan. Tambahan pula, kesan daripada dasar ekonomi baru telah berjaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi membolehkan golongan miskin untuk maju kepada sektor produktiviti yang lebih baik.

Soalan 3

Video LO 2 juga ada membincangkan berkenaan dasar-dasar yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dalam memacu ekonomi negara. Huraikan dasar-dasar yang berkaitan dengan isu agihan dan pertumbuhan ekonomi di Malaysia.
1) Dasar Ekonomi Baru (DEB) - Diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Tun Abdul Razak. - Matlamat : a) untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata. b) membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. c) mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi. 2) Dasar Wawasan Negara - Menentukan arah pembangunan negara dalam dekat pertama abad ke-21 - Bertujuan mencapai pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. - Menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas iaitu DEB dan DPN. - Menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020. - Objektif utama : a) Mencapai perpaduan nasional. b) Penyusunan semula masyarakat. c) Pembangunan yang seimbang. 3) Dasar Pembangunan Nasional (DPN) - Bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek seperti berikut : a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama. b) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua. c) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan.

Soalan 4

LO 3 menekan isu globalisasi dan ekonomi. Bincangkan peranan globalisasi dan impaknya kepada keadaan ekonomi multi-etnik di Malaysia. Juga fokus kepada kekuatan kepelbagaian etnik di Malaysia (yang tiada pada negara lain) dalam menyumbang kepada kelestarian ekonomi Malaysia.
Globalisasi membolehkan kerajaan dan rakyat mempromosikan kekayaan budaya yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia. Melalui isu globalisasi tersebut, sumber pelancongan telah menyumbangkan kadar pendapatan yang tinggi terhadap negara kita. Hal ini kerana, masyarakat luar negara amat kagum dengan kekuatan kepelbagaian etnik yang dimiliki oleh penduduk Malaysia. Di Malaysia,walaupun negara ini kaya dengan masyarakat majmuk, keamanan negara masih stabil, damai dan harmoni. Selain itu, ramai pelancong yang datang dari luar negara ingin menikmati sendiri kepelbagaian kaum dan Globalisasi Budaya serta keharmonian yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia sekaligus menyumbangkan hasil ekonomi yang tinggi kepada negara.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-b6b782 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-b6b782.8fd07ef9993d3220.css)

Chat