OpenLearning

Jawapan Esei


Bahasa Melayu telah berfungsi sebagai bahasa pengantar di sekolah, maktab, politeknik dan universiti. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam P&P. Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia merupakan kemuncak bagi menentukan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan. Sehingga kini, universiti itu telah melahirkan ratusan ribu siswazah yang menerima pendidikan dalam Bahasa Melayu. Ratusan tesis dan disertasi pada peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran ditulis dalam Bahasa Melayu, dan puluhan, malahan ratusan, profesor telah menyampaikan syarahan perdana tentang pelbagai ilmu dalam Bahasa Melayu. Semua perkara ini tidak terhad kepada orang Melayu sahaja, tetapi melibatkan semua kaum yang menjadi warganegara Malaysia. Kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi dengan pembinaan kerusi-kerusi pengajian Melayu di luar negara dan juga pembinaan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu kini berada di atas landasan sempurna sebagai bahasa pengantar pendidikan. Justeru, dapat kita merumuskan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantar dalam P&P di sekolah dan institusi pendidikan tinggi.Bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa perpaduan di sekolah. Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan antara anggota masyarakat, samaada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan, budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara. Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan Bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan bersama Bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud rasa kemesraan, kepercayaan, hormat dan selamat. Rasa kemesraan, kepercayaan, hormat dan selamat merupakan antara faktor yang membina perpaduan antara kaum. Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatupadu dan menganggap Malaysia sebagai negara milik bersama. Bahasa Melayu perlulah digunakan sejak kecil lagi dan amalan untuk berbahasa Bahasa Melayu haruslah bermula dengan sistem pendidikan. b. Sistem sekolah satu aliran penting untuk memupuk kesepaduan sosial dalam kalangan anak-anak muda masa kini. Matlamat utama penubuhan sekolah satu aliran adalah jelas iaitu untuk perpaduan nasional yang tulen, sejati dan harmoni selari dengan gagasan 1Malaysia. Bukan hanya bersemangat apabila bercakap tentang gagasan 1Malaysia dan terdiam apabila terpaksa berkorban untuk melaksanakan satu agenda yang jauh lebih besar dari itu.Sekolah satu aliran perlu diterima sebagai satu wahana untuk membentuk identiti dan jati diri rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Identiti dan jati diri setiap kaum di negara ini akan terus wujud sebagai komponen yang penting yang mewarnai dan mewujudkan perpaduan sejati di Malaysia. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan. Pada masa yang sama, banyak pihak menentang pelaksanaan sekolah satu aliran tersebut kerana bimbang bahasa dan identiti kaum mereka terhakis. Justeru itu, nilai dan kepentingan tidak seharusnya menjadi perbalahan kerana pendidikan merupakan landasan terbaik dalam mewujudkan perpaduan di kalangan generasi muda. Faktor yang seterusnya ialah sekolah satu aliran akan menyediakan satu persekitaran di mana remaja berbilang kaum bukan sahaja boleh melalui proses pembelajaran dengan selesa tetapi juga menyediakan ruang yang secukupnya untuk mereka berinteraksi dan memahami di antara satu sama lain. Ini merupakan satu proses menuju ke arah sebuah negara maju dalam erti kata saling memahami perasaan dan sensitiviti di kalangan rakyat yang berbilang kaum serta menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial. c. Globalisasi dan liberalisasi sistem pendidikan pada masa kini memberi impak positif dalam hubungan etnik di Malaysia. Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksud sebenar globalisasi. Ini wujud juga impak-impak yang memberi faedah dalam kehidupan seharian. Antara impak positif yang boleh diperkatakan ialah kebolehan berkomunikasi. Melalui zaman globalisasi yang hebat ini kita boleh berkomunikasi antara satu sama lain walaupun dalam jarak yang jauh. Kecanggihan teknologi yang diketengahkan mampu memberi faedah kepada manusia. Ciptaan pelbagai yang begitu canggih mampu mendekatkan sesuatu perjalanan atau sebagainya. Globalisasi juga akan meningkatkan kesediaan kognitif dimana apabila berada di ambang globalisasi, maka individu akan berlumba-lumba meningkatkan dapatan ilmu bagi setanding dengan pencapaian era semasa. Maka tidak hairanlah jika masa kini makin ramai individu yang proaktif dilahirkan. Kesan positif lain ialah pembelajaran sepanjang hayat. Ini bermakna individu belajar untuk masa hadapannya. Pembelajaran secara berterusan ini menjamin masa hadapan individu yang berfikiran terbuka. Impak seterusnya ialah menjadikan rakyat sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Warganegara yang bertanggungjawab akan memastikan arus globalisasi yang berlaku tidak mencemarkan nilai-nilai norma masyarakat setempat. Individu yang mempunyai nilai jati diri akan memastikan globalisasi yang berlaku tidak akan mengheret sekali nilai-nilai murni dan sensitiviti masyarakat. Globalisasi juga akan mencetuskan kemahiran teknologi yang baru. Kemahiran teknologi yang baru atau inovasi ini merupakan perkara yang sangat penting dalam memberi persaingan yang hebat antara negara-negara membangun lain. Kemahiran teknologi yang ada pada sesebuah negara menjadi kayu ukur kepada negara lain berkenaan kemajuan negara tersebut. Namun begitu, arus globalisasi juga mempunyai impak negatif. Impak ini seharusnya dielakkan bagi menjamin keamanan sejagat. Antara impak negatif yang sering kita dengar berkenaan globalisasi ini ialah penggunaan teknologi yang tidak terkawal. Apabila hal ini berlaku maka akan wujud persengketaan seperti peperangan dan sebagainya. Teknologi digunakan kepada tempat yang tidak sepatutnya. Ini perlu dielakkan agar dunia akan sentiasa aman. Impak negatif yang lain ialah pengkomersilan pendidikan. Pengkormesilan pendidikan seperti jualan ilmu di laman maya. Ilmu yang diberi bukan untuk sesuatu yang hakiki tetapi ianya bertujuan untuk mengaut keuntungan peribadi.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-b6b782 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/vendors-node_modules_fortawesome_pro-regular-svg-icons_faGlobe_js-node_modules_fortawesome_pr-b6b782.8fd07ef9993d3220.css)

Chat