OpenLearning

Soalan

Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di atas, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri.
Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam gambar rajah di bawah, tuliskan satu kertas refleksi mengenai peranan pendidikan di dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan pengalaman anda sendiri. Peranan pendidikan dalam membina kesepaduan sosial berdasarkan faktor fizikal dan persekitaran adalah sangat penting. Pendidikan berperanan menjadikan sesuatu tempat boleh menjadi maju. Salah satu faktor kemajuan sesebuah kawasan adalah disebabkan oleh pendidikan. Sebagai contoh, kawasan yang saya diami adalah kawasan kampung. Tetapi disebabkan pendidikan seperti sekolah dan bangunan-bangunan pendidikan yang lain telah menyebabkan kawasan tersebut lebih maju. Selain itu, dari segi kepelbagaian pelajar dan pengajar. Bersadarkan pengalaman saya sebagai pengajar selama empat bulan di sekolah, saya dapati pelajar telah berubah daripada homogeny kepada heterogen. Pelajar telah terdedah kepada dunia luar. Mereka sangat tahu mengenai hal-hal semasa dan sangat bijak. Kebanyakan daripada mereka mengetahui kepelbagaian perubahan dan dapat mengikuti pembelajaran abad ke 21. Tambahan lagi, pengisian kokurikulum adalah bagus. Matapelajaran yang asas seperti bahasa melayu, matematik dan lain-lain sangat dititikberatkan oleh guru di sekolah. Pelajar juga bersemangat untuk belajar matapelajaran tambahan lain seperti sivik dan moral. Manakala, dari segi ko-kurikulum pula, pelajar sangat berminat dan bersemangat. Setiap kali mempunyai perlawanan contohnya bola sepak, mereka akan bersorak dengan penuh bersemangat. Akhir sekali, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa inggeris sebagai bahasa kedua sangat memudahkan guru dan pelajar untuk beromunikasi. Sebagai contoh, di sekolah terdapat pelbagai bangsa iaitu cina, melayu, dan india. Penggunaan bahasa melayu dan bahasa inggeris sangat membantu dalam proses pembelajaran kerana murid-murid dan guru tahu akan kedua-dua bahasa tersebut.

Comments

Loading
Error: Loading CSS chunk default-node_modules_tanstack_react-query_build_umd_index_production_js-ReduxStorage_Certific-e39584 failed. (error: https://assets.openlearning.com/chunks_live/default-node_modules_tanstack_react-query_build_umd_index_production_js-ReduxStorage_Certific-e39584.525af0d26055fd3f.css)

Chat