Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824), pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Sebelum merdeka iaitu pendidikan semasa pemerintahan British (1824-1957), tiada sistem pendidikan yang bersepadu. Setiap kaum menubuhkan sekolah masing-masing atau dikenali sebagai sekolah vernakular. Sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris mempunyai Bahasa pengantar, kurikulum, buku dan guru yang dilantik sendiri. Kanak-kanak berbilang kaum tidak belajar bersama-sama, kecuali mereka yang bersekolah di Sekolah Inggeris. Pendidikan vernakular lebih tertumpu kepada pembangunan etnik masing masing. Ini kerana masing masing menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di sekolah masing-masing. Selain itu, guru dan sukatan pelajaran juga daripada negara asal masing masing. Pendidikan selepas kemerdekaan (1957-1970), bermulanya usaha untuk mewujudkan sistem pendidikan yang berupaya memupuk perpaduan dan mempunyai ciri nasional. Malah, menjamin peluang pendidikan tanpa mengira kaum dan agama. Peluang pendidikan juga dijamin tanpa mengira kaum dan agama. Hal ini dapat dilihat dengan adanya pengklasifikasikan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK), di mana bahasa melayu adalah bahasa pengantar di SK manakala di SJK bahasa melayu merupakan subjek yang wajib diambil. Pembangunan pendidikan dalam Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Pembangunan pendidikan menekankan usaha membina keharmonian dan mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Penggunaan bahasa kebangsaan sebagai Bahasa pengantar diperteguhkan lagi. Peluang pendidikan di kawasan luar bandar diperluaskan dan Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada 1970 sebagai laluan pendidikan tinggi untuk lepasan sekolah Melayu. Jawatan kuasa Kabinet ditubuhkan (1979), hasilnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) terbentuk. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988) terbentuk sebagai panduan. Pembangunan pendidikan dalam Era Dasar pembangunan Nasional (1991-2000), sistem pendidikan perlu berkembang seiring cabaran globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat. Sistem pendidikan pra sekolah dimasukkan ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Disamping itu, Akses Pendidikan Tinggi ditingkatkan melalui penubuhan lebih banyak universiti awam, kolej universiti, kolej matrikulasi, kolej komuniti, kolej swasta dan universiti swasta. Pembangunan pendidikan dalam Era Dasar Wawasan Nasional (2001-2020). Globalisasi, liberalisasi dan pembangunan sistem pendidikan kebangsaan. Cabaran untuk menghasilkan modal insan yang brpengetahuan, cekap dan berdaya saing di peringkat global. Modal Pelan Pembangunan Pendidikan 2001 sehingga 2010 telah diwujudkan dengan matlamat untuk memastikan semua warganegara mempunyai peluang dari segi akses, ekuiti dan kualiti untuk menduduki pendidikan formal selama 12 tahun manakala Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) pula menggariskan enam teras yang mencerminkan objektif misi nasional, iaitu membina negara bangsa,membangunkan modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion perguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Ciri-ciri yang mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama ialah dengan kewujudan sekolah vernakular semasa pemerintahan British, dengan kewujudan sekolah vernakular seperti Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah cina dan Sekolah Tamil menyukarkan setiap kaum untuk berhubung dan berinteraksi antara satu sama lain di samping perpaduan sukar dibentuk dan dicapai. Walau bagaimanapun selepas kemerdekaan dikecapi, sistem pendidikan di Malaysia bermatlamat untuk menyatupadukan pelbagai etnik dan merapatkan hubungan silaturahim antara etnik. Sistem pendidikan dilihat semakin bertambah baik dengan pelaksaan sistem sekolah jenis kebangsaan yang menggabungkan pelbagai kaum dan agama. Usaha ini telah banyak memperkukuhkan hubungan antara pelajar yang berbilang kaum dan agama kerana pelajar boleh mengenali adat resam dan perayaan yang diamalkan oleh pelajar kaum lain dan seterusnya boleh mengelakkan berlakunya perselisihan faham dan pertelingkah antara kaum. Penggunaan dan penguasaan bahasa Melayu secara meluas akan berperanan sebagai wahana pembentukan identiti kebangsaan. Persediaan dan penerimaan warga Malaysia untuk menggunakan bahasa kebangsaan juga mampu menjadi penghubung yang berkesan dan wadah membentuk perpaduan yang lebih utuh. Laporan Razak (1957) dan Laporan Rahman Talib (1961), menyatakan dan memungkinkan bahasa melayu digunakan sepenuhnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa itu diberi tempat sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan mampu menjadi asas pembinaan negara bangsa yang maju dan berdaulat. Justeru itu, bahasa melayu memikul tugas sebagai bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan awam dan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan institut pengajian tinggi serta menjadi bahasa ilmiah. Selain daripada itu, Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini juga pelajar asing yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia agar mengambil mata pelajaran bahasa Melayu.