Soalan 1
Kenalpasti ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia berdasarkan sejarah perkembangannya dari zaman sebelum merdeka hingga kini.Antara ciri-ciri utama sistem pendidikan di Malaysia sebelum mencapai kemerdekaan iaitu yang pertama ialah untuk melahirkan pelajar yang berakhlak dan berilmu dari aspek keagamaan. Bahasa yang digunakan dalam pendidikan tersebut ialah Bahasa Melayu. Para ulama yang merupakan ilmuan yang mahir tentang ilmu keagamaan bertindak sebagai tenaga penagajar di sekolah pondok. Selain itu, British telah memperkenalkan sistem sekolah vernakular semasa era Penjajahan British di Tanah Melayu sebelum merdeka. Sekolah Sistem Vernakular ditubuhkan untuk mengasingkan persekolahan mengikut kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Sekolah vernakular Cina dibiayai oleh masyarakat Cina manakala sekolah rendah Tamil turut disediakan oleh pemilik estet di ladang. Bahasa ibunda yang digunakan di sekolah Cina ialah Bahasa Cina manakala sekolah Tamil menggunakan bahasa ibunda Tamil yang merupakan bahasa pengantar. Tenaga pengajar sekolah vernakular adalah berasal dari negara asal misalnya China dan India. Sistem pendidikan yang ditubuhkan oleh British ini telah mewujudkan jurang antara kaum disebabkan oleh ketidaksamarataan. Hal ini turut menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu sukar untuk menghubungkan jalinan dan mencapai perpaduan antara kaum. Selepas negara Malaysia mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan sama rata telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Proses pengajaran dijalankan di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK). Bahasa penghantar bagi Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Melayu manakala Sekolah Jenis Kebangsaan turut menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Subjek Bahasa Melayu adalah subjek wajib bagi Sekolah Jenis Kebangsaan. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada guru-guru yang menerima latihan khusus. Sukatan pelajaran adalah ditetapkan dan diseragamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Dengan cara ini, semua rakyat berpeluang untuk mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, perpaduan kaum dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Soalan 2
Bincangkan bagaimana ciri-ciri yang dinyatakan di atas mempengaruhi perhubungan antara pelajar-pelajar pelbagai kaum dan agama.Seperti yang sedia kita maklum, Sistem sekolah vernakular telah ditubukan semasa era Penjajah British dimana sekolah diasingkan mengikut kaum dimana kaum Cina belajar di Sekolah Cina, kaum India belajar di Sekolah Tamil dan kaum Melayu belajar di Sekolah Pondok. Dengan wujudnya sistem ini ia telah menyukarkan kaum-kaum tersebut untuk bersatu dan telah mewujudkan jurang antara kaum. Sekiranya jurang perkauman ini wujud, ia memberi kesan yang besar kepada pelajar-pelajar seperti perpecahan dan perbalahan. Kesannya pengasingan persekolahan yang berbeza menyebabkan pelajar tidak berpeluang untuk berkomunikasi dan menyebabkan berlakunya kesukaran untuk berinteraksi antara kaum-kaum yang lain kerana mereka hanya menguasai bahasa ibunda masing-masing sahaja. Perhubungan dan perpaduan antara pelajar yang berbilang kaum ini penting untuk membolehkan mereka untuk saling bertukar-tukar budaya dan fahaman antara satu sama lain. Oleh itu, pelajar akan lebih memahami budaya, agam dan kepercayaan kaum lain. Pada masa yang sama, ia akan mewujudkan perpaduan antara pelajar yang berbilang kaum dan menghormati antara satu sama lain.