1. Melalui tiga wajah ini mampu memberikan kesedaran atau mengubah suatu pendapat dan reaksi mereka dalam usaha sama memahami dan mengenali budi bicara individu. Wajah tersebut terdiri daripada wajah positif, negatif dan ideal. Tambahan pula, memberi kesedaran untuk tidak melebihi atau mewujudkan wajah negatif sesama atau berbeza etnik.
2. Antara usaha - usaha penyatupaduan yang dilakukan oleh kerajaan berdasarkan bidang - bidang berikut ialah :
a) EKONOMI
Penumpuan diberikan kepada dasar - dasar pembangunan ekonomi pada tahun 1971 falsafah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan dengan pengenalan Rancangan Malaysia Kedua (1971 - 1975). Matlamat dan strategi DEB ialah ‘serampang dua mata’ iaitu untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan, meningkatkan pendapatan dan memperbanyakkan lagi peluang pekerjaan tanpa mengira bangsa. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi menyeimbangkan kedudukan ekonomi antara kaum.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) telah dilancarkan pada 1971 serentak dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). RRJP1 telah dilaksanakan dalam tempuh 20 tahun merangkumi empat rancangan pembangunan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-1976) hingga Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990). Pada tempoh tersebut, perancangan ekonomi negara adalah untuk mencapai matlamat utama DEB iaitu perpaduan negara.
Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) ialah untuk mencapai perpaduan negara melalui dua strateginya yang bercorak serampang dua mata, iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, dan menyusun semula struktur masyarakat Malaysia agar mereka tidak lagi dikenali berasaskan ciri ekonomi dan tempat tinggal.
Pelbagai usaha membasmi kemiskinan telah dilaksanakan sepanjang perlaksanaan DEB. Antara usaha-usaha itu ialah:
a) Membuka dan membangunkan kawasan tanah untuk golongan yang tidak memiliki tanah oleh agensi kerajaan seperti FELDA dan FELCRA.
A) Membina dan meningkatkan infrastruktur di kawasan luar bandar.
B) Memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan dan sebagainya.
C) Meningkatkan daya pengeluaran dan pendapatan.
D) Pembangunan Ekonomi Negara Dalam Konteks Perpaduan Nasional Pembangunan dan perancangan ekonomi dirangka agar semua kumpulan etnik dapat menyertai semua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi untuk mencapai perpaduan negara
E) Mengurangkan perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu
F) Merapatkan jurang pendapatan antara kaum, sektor bandar dan luar bandar, pertanian dan industri
G) Mengurangkan kemiskinan tanpa mengira kaum Pembangunan negara yang seimbang antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak
H) Penyusunan semula masyarakat di Malaysia
I) Kaum-kaum tidak lagi dikenali mengikut sektor/ pekerjaan
J) DPN misalnya mempunyai objektif yang jelas, iaitu perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhirnya kerana masyarakat yang bersatu padu adalah penting untuk mengukuhkan kestabilan sosial serta politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan.
B) POLITIK
C) Sosial
Strategi penyusunan semula masyarakat diharapkan dapat menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kepada kegiatan ekonomi dan tempat tinggal. Tujuan penyusunan semula guna tenaga dilakukan adalah untuk memperlihatkan bahawa penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Penstrukturan ini juga dapat memberi peluang kepada semua kaum untuk menikmati kekayaan negara dan mewujudkan keharmonian di kalangan semua kaum di Malaysia. Melalui penyusunan semula masyarakat, diharapkan pemilikan saham di Malaysia akan melambangkan komposisi kaum di negara ini. Sasaran agihan bagi pemilikan saham mengikut komposisi kaum ialah 30:40:30